Tuesday, 13 August 2013

motivasi.

hidup aku tak lah se-interesting mana. sama macam orang lain yang makan gaji,  bangun pagi, mandi, pergi kerja, buat kerja, balik kerja.
repeat 5 hari seminggu.

dan aku pulak jenis yang cepat boring dengan benda yang sama atau rutin. jadi untuk mengelak kebosanan hidup, aku mesti buat/cari sesuatu yang baru/random sekali sekala - beli baju baru, kasut baru, tudung baru. tapi tak larat la nak beli benda baru hari², semua tu pakai duit, banyak pulak tu.

hari ni hari pertama bekerja lepas raya, aku dah dapat rasa bahang kebosanan bekerja.
confirm mood nak kerja tu ke laut dalam, sejauh Kikeh deepwater

so, pagi tadi aku buat sesuatu yang baru - beli haagen dazs coffee flavour sebagai breakfast.
ok lah tu, buang tebiat sekali sekala makan aiskrim mahal pepagi buta. apalah sangat harga se-cup aiskrim RM10 berbanding nikmat kesedapan berganda yang dirasa celik-celik mata.


No comments:

Post a Comment