Sunday, 11 August 2013

Raya 2013

raya tahun ni tak sama dah macam raya tahun2 lepas. last week, malam 21 ramadhan, ami yet meninggal, last year raya pun tak best, sbb tok meninggal. tok dgn ami mmg plg rapat dgn family kitorg.. sedih sangat sbb tak sangka ami yet pergi cepat sangat.. macam tak percaya pun ada. rasa macam baru je borak2 sembang2 dgn dia. semoga roh ami & tok ditempatkan di kalangan org beriman, ameen..

kalau raya tahun lepas aku sibuk sangat nak berjovian bagai, tahun ni lansung takde perasaan nak beli baju raya designer. rasanya cukuplah ada satu kot. tapi tipu lah kalau tak belek lansung. ada jugak bukak fashionvalet bagai cari baju raya, tapi end up tak beli pun. alhamdulillah sep duit iols.

sebenarnya tak puas hati sgt dgn baju raya tahun ni sebab kain songket tu mcm ada kotor sikit pastu cutting macam kelakau. geram pulak dgn ahkak tailor tu tapi abaikan je lah. kalau semua client dia perangai camni mmg senang banyak hidup dia haha. well i couldnt care less. sbb dari awal lagi rasa mcm salah pilih kain n kaler (i dont think i fit well with blue karer) pastu nak dijadikan cerita, pagi raya tu masa kat kajang baru perasan terlupa nak bawak glitter shawl vanillarose yg kekononnya nak dipakai di hari rayewww. one thing after another, last2 malas nak kisah dah, pakai jela shawl hitam. lagipun skrg org dah tak kisah pakai baju oren, shawl biru bagai. so pasrah jelah.

1st day raya: nampak tak line kotoq segaris tu? grr!

pasrah jela dgn gaya fahri
mak n abah balik penang dua hari sebelum raya, kitorg balik pagi raya lepas solat raya kat kajang. ingatkan tak jem sangat la, sekali kete tahap tak bergerak pun ada sebelum ipoh tu. lepas ipoh traffic dah ok. end up sampai penang kul 530pm dan dah tak larat nak beraya dah. so i wasted the first day of raya in the car. sampai je BM, kitorg simpan beg, pastu lepak jusco perda. orang cool memang camtu, first day raya dah lepak mall secara berjemaah.

second day raya, kitorg gerak 2 keter dgn kokna n bobo pegi jitra beraya rumah ami an, pastu pi perlih rumah ami mood, umah mak pak bini alish kat beseri, umah kwn abah yg sakit kanser teruk, pastu last skali pi aloq staq rumah pakcik kamarudin. tedia sampai perlih nun. sampai BM pukui 1am dah terkedang sampai esok pagi. hari raya second pakai baju zefikscollection, nak kata murah tu tak la sangat, about RM280. ke mmg baju2 skrg stended2 rega tu skrg? bkn apa, baju tu ok, cuma zip kat blkg tu tak straight n bengkok, n kain tu pulak nipis gila. tak sure la worth it ke tak, tapi pakai mmg sedap (sbb dah alter). 
2nd day raya: taun depan fahri dah sama besar dgn mama.
anak gadis di luar sana sila amik nombot!
3rd day raya, lepas bekpas terus balik kl. sampai kl pun dah around 5pm, dan dah penat. memandangkan memang  tak plan nak beraya memana sbb abih masa kot jalan ja, so raya ketiga mmg tak pakai baju raya. so kesimpulannya, dalam masa 4 hari raya, dua hari je dah abih dalam keta. cis.

4th day raya, pi beraya rumah sedara belah raja kat kajang n ampang. memandangkan dah takde baju raya, so pakai je peplum top surisara beli aritu dgn skirt poplook. mcm biasa, top tu kena alter jugak sbb nak bagi sesedap dengan badan. alih2 terlebih alter, ketat plak tang lengan. haha.


4th day raya: minion di hari raya

jadi, disebabkan taun ni mcm tak pueh hati je dgn baju raya iols, so utk taun depan dah nak kena plan awal2 dah - baju kaler apa, design apa. gigih tak gigih la kan. rasa macam nak pakai kaler merah or kuning cair la tahun depan. tapiiiiiii... laki ahkak nak baju warna warni rainbow T_T

3 comments:

  1. huih! biaq betoi raja nak kaler paddle pop!

    ReplyDelete
  2. amboi glamernyaaa baju yg last tu, liplap2.

    ReplyDelete
  3. kekta: takleh bayang kalau jadi baju raya jadi cemana. haha
    shaz: iols kan retis!

    ReplyDelete