Tuesday, 20 August 2013

soalan membunuh.

"anak ko dah besar, bila nak tambah anak lagi?"
"dah lama ko menyingle. bila nak kawin?"

kekadang rasa soalan-soalan di atas ni layak dibalas dengan jawapan seganas ini:

"awak bila nak mati? kita taktau kan bila kita nak mati? ha, sama jugak la jawapan macam soalan yang awak tanya tu, sebab saya sendiri pun taktau bila dan macam mana Allah tetapkan rezeki saya".

ramai orang suka mulakan perbualan dengan bertanya soalan-soalan yang kita sendiri taktau jawapannya. soalan-soalan camni hanya Allah yang ada jawapan. bab rezeki, anak, kematian semua ni kalau boleh elak lah ditanya sebab boleh mengundang sedih, marah dan sebagainya. bukanlah kita tak redha dengan ketentuan Allah dan nasib kita, tapi dalam kita cuba nak redha tu, datang pulak soalan-soalan macam ni, acaner?

contohnya kalau couple yang dah kawin 5 tahun tapi takde anak, senang je kita buat conclusion yang diorang memang taknak anak, ataupun diorang plan utk tak dapat anak lagi. sedangkan kita tak tahu pun yang diorang dah bertungkus lumus dan cuba segala ubat sebab nak dapatkan anak.

jadi lepas ni, kalau nak jadi ramah dan nak start a conversation dengan seseorang, cuba tanya soalan-soalan yang ada jawapan definite atau yang senang dijawab, e.g:

"lamanya tak jumpa, awak sihat?" jangan pulak tanya "lamanya tak jumpa. sihatttt gila kau sekarang!" wajib kena lempang.

"seronok tak kerja dengan company A?" tapi jangan sesekali tanya "aku tengok ko kerja dah lama, tak kemana jugak." ni kira dah jatuh hukum wajib putus kawan.

"ko kerja mana sekarang? tanak try kerja obersi?"

"amacam, bisnes ko ok? bila nak tambah cawangan?" (bukan tambah bini please).

aku harap kawan-kawan dan orang sekeliling aku tak terjebak dengan soalan-soalan yg sensitif dan open end macam ni.

2 comments:

  1. harap2 u tak terbunuh dgn soalan2 itteww.. hehehe

    ReplyDelete