Saturday, 7 September 2013

kerja kuat.

baru-baru ni, minyak naik lagi. ada orang cakap, kena "kerja kuat²" kalau nak cope up dgn kos sara hidup yang makin lama makin tinggi. tapi, kalau kerja LEBIH kuat macam mana pun, gaji tetap sama, unless tunggu setahun utk dpt bonus dan rating bagus. tu pun kalau company ada bonus. kalau company takde bonus camne? maybe kena tukar kerja lain, dapat gaji lagi tinggi.

so apa konsep kerja "lebih kuat" kat sini? stayback sampai malam buta? buat bisnes sampai family terabai?

utk yg makan gaji tapi gaji tak brp nak cukup nak tampung hidup, boleh la kerja LEBIH kuat dng side income. tapi, tak semua orang sanggup sacrifice masa, tenaga, duit utk cari duit lebih. tak semua org sanggup nak berbiz bersengkang mata semata2 nak cari duit lebih, nak nak yang dah beranak pinak. sebab, u win some, u lose some, ikut priority memasing. duit dapat, tapi anak2 terabai. dan kena ingat jugak yang tak semua punya daya tenaga, kudrat, kebolehan, minat, skill dan rezeki yang sama untuk "kerja LEBIH kuat".

kesimpulannya kat sini, mmg pantang la kalau dgr org cakap jgn bising kalau minyak naik, kerja jelah kuat2.cuba sekali kita letak tempat kita kat org yg jauh lagi susah dari kita. baru kita tau langit tinggi rendah. so, lepas ni sebelum cakap, pikir dulu secara menyeluruh, jgn pikir kita punya susah senang je, ntah2 adik beradik sedara mara sepupu sepapat kita pun ramai yg hidup serba sederhana sekarang, terpaksa catu makanan tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment