Sunday, 8 September 2013

superwoman, in the making.

masa hingusan dulu, tak pernah teringin nak jadi housewife, takleh bayang macam mana agaknya kalau kena duduk rumah, jaga anak, masak, kemas rumah, buat kerja rumah, layan suami, dan sebagainya. biasalah masa memula kerja, masa tu pikir nak kerja sampai kerepot, sampai nyanyok. nak cari duit sebanyak mungkin, nak travel the whole world, nak beli baby Merc, dan semangat berkobar nak berkhidmat pada diri sendiri dan negara.

lepas dah kawin, dah ada anak, semua berubah. bukan taknak kerja langsung, tapi nak kerja sendiri, janji ada masa nak layan anak, nak kemas dan susun atur rumah sendiri, nak ajar anak itu ini, nak bagi anak makan hasil masak tangan sendiri, dan segala makneka lagi. income tu tak payah nak lebat sangat, cukup la buat bayar bil2 bagai.

tapi bila pikirkan balik, larat ke nak duduk rumah nak buat kerja rumah sesorang, masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, jaga anak dan kemas rumah hehari? mampu ke? silap haribulan anak dok keriau, dapoq berasap, kain kat ampaian basah kena hujan. mau nangis terduduk terus. macam mana agaknya mak, tok nenek moyang kita dulu mampu jaga sampai 10 anak sesorang kan? memang superwomen! kita ni ada maid pun terkangkang lagi kepenatan. mesti sebab makan jajan dan McD banyak sangat sebab tu cepat lembik.

ingat lagi masa baru dapat offer letter pet, seronok kemain lagi. siap cakap kat kawan kat opis lama yang nak kerja kat situ jer, tanak pindah mana dah. nampak tak betapa singkatnya pikiran masa tu? maklonglah, baru setahun dua di alam pekerjaan. sekarang, nah. pet ke mana apa ke mana. kekadang rasa macam jasad je melayang ke ofis (seram la pulak), tapi pikiran, jiwa dan raga semedang ada kat rumah.

agaknya bukan kiter sorang je yg rasa camni kot, sure ramai perempuan lain yg dah berkeluarga rasa mcm ni jugak. nak buat macam mana, kita tak sentiasa boleh dapat apa yang kita nak. barangkali apa yang kita nak tu, tak baik untuk kita. jadi marilah kita redha dengan ketentuan Allah, sepertimana kita kena redha harga minyak naik yang ustat umno cakap ketentuan Allah jugak. pui.


No comments:

Post a Comment