Wednesday, 23 October 2013

perihal rezeki lagi.

kita selalu lupa bersyukur dengan nikmat yg Allah bagi kat kita. kalau sebut pasal rezeki, yg paling kita nampak ialah DUIT. banyak duit = murah rezeki. tapi kita tak nampak benda-benda kecik dlm kategori rezeki jugak, contoh:

- balik kerja je kaki kita sakit sebab banyak jalan. naik je lrt, terus dapat seat. ini pun dikira rezeki
- dapat idea nak mulakan bisnes tanpa modal yang banyak. dapat idea pun dikira rezeki, nok! tak semua org Allah kurniakan idea dan kepala otak yg sentiasa jalan cari idea.
- dapat anak yang dengar kata, tak buas, dan sihat. cuba kalau anak kita tak sihat sehari. masa tu baru kita sedar yg satu nikmat kita dah ditarik. 
- jiwa dan raga yg sentiasa positif. mungkin kita tak sedar yang tak semua orang mampu positif 24 jam.
- dpt suami yang rajin mandikan dan basuh berak anak. ketahuilah anda, laki jenis ni dah nak pupus.
- dalam purse takde duit. tetiba colleague datang offer packed lunch. dapat makan free, itu pun rezeki uols!

nah, beberapa list yang tak seberapa. cuba kita kira setiap hari berapa banyak rezeki yang Allah kurniakan kat kita, sekecik-kecik rezeki dan sebesar-besar rezeki. maybe kita pun tak ter-list kot sebab tak mampu nak pikir betapa banyaknya kurniaan Dia kat kita, kekadang tak terpikir pun setiap apa yang berlaku tu adalah rezeki untuk kita.

sekian pesanan penaja.



No comments:

Post a Comment