Monday, 4 November 2013

alhamdulillah.

ramai yang skeptical kalau dengar 'rezeki yang tidak disangka-sangka'.
tapi yg aku perasan, masa satu ketika time tertentu dulu aku rajin baca Al-waqiah, mmg ada je rezeki yang tak disangka-sangka datang tetiba. yelah, nama pun rezeki yang tak disangka-sangka, mestilah datang tetiba. dulu almost every morning dalam train akan cuba baca Al-waqiah.. tapi dah lama jugak stop baca, gara-gara godaan syaitan suruh check instagram pepagi. haih.

ada jugak yg kata Al-waqiah ni lagi afdhal dibaca waktu malam, tapi bagi aku, tak kisah bila pun yang kita baca, yang penting niat kita. alhamdulillah berkat baca almost setiap pagi weekday, satu demi satu rezeki datang, contohnya pulangan duit lebihan EPF. alhamdulillah syukur.

tapi kita kena ingat jugak, kita kena jugak baca surah-surah lain yang mendatangkan keuntungan untuk kita masa alam kubur dan barzakh nanti. surah Al-mulk kena baca untuk luaskan kubur. pernah baca somewhere yang Nabi Muhammad takkan tidur selagi baginda tak baca Al-Mulk. Dan Surah Al-kahfi kalau dibaca setiap hari Khamis malam Jumaat, insya Allah kubur kita akan terang.

Jom kita amalkan surah-surah lazim ni. actually banyak lagi surah lain, tapi lets start somewhere, lets start small. at least dapat baca 8 ayat sehari pun dah cukup baik. Al-Quran la penyelamat kita nanti, bukan mak, bapak, adik, kakak, abang, suami/isteri mahupun anak.

PS: entry ini adalah untuk sharing, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk ataupun menunjuk pandai/alim.

No comments:

Post a Comment