Thursday, 7 November 2013

bila anak demam.

bila anak demam, dan dan rasa nak berenti kerja, nak jadi fulltime housewife. nak nak skrg takde maid, tp kalau ada maid pun tak harap la maid nak tengok anak kita macam kita tengok anak kita, kan?

budak kalau demam mmg mak bapak yang tak boleh dok diam sbb takut kena sawan. fahri dah dua hari demam, tak berapa nak kebah. temp dia up to 39.6. lepas tgk thermometer tu terus angkat dia bagi mandi. nak nangis ke apa nangis la, dari mama yg menangis kemudian hari.

semalam terus bawak fahri pegi jumpa dr Anthony kat PCMC. malas nak pegi klinik kat umah sbb takut kalau fahri kena admit terus. lagipun last year masa fahri kena viral fever Dr Anthony yg attend dia so kira mcm dah biasa jugak lah dgn Dr tu. He's one of the best paeds in KL. maybe next time I should tell the bad experience we've encountered with Dr Anna Padma kat PCMC.

So masa check tu Dr Anthony cakap most likely Fahri kena viral or influenza A dan suhu dia akan naik lagi dlm 1-2 hari. tapi kalau by Sabtu tak ok, mmg fahri kena warded. masalahnya Sabtu dah 4 hari demam panas, tp doc ckp kalau risau, boleh je nak bawak dia pegi awal. tp pikirkan dia nak kena cucuk tangan bagai tu mcm kesian pulak.

pagi tadi temp dia 39.2, letak ubat bontot lagi skali. total letak dah 3 kali dlm masa 48 jam. kitorg tak prefer sgt letak ubat bontot sbb ada side effects lambat laun nanti, tapi kalau dah 39 ke atas tu baik letak je la. kalau tak ok, bagi mandi bagai. cepatla sembuh fahri, tak sedap hati je mama :( tapi dalam dok demam panas tu, pagi tadi dia kejut mama, mintak susu. lepas bagi susu, dia cakap "saaaaayang mama". alahaiii. cayaqnya :( cepatla sembuh eh fawiii..

masuk hari ni, hari kedua mama kena amik unpaid. sehari tolak RM240. wheewww! tp takpela, sanggup je tolak gaji dari biar fahri sakit kat rumah. pepandai la mama cari duit nak cover balik duit tu, insya Allah ada je rezeki nanti.

get well soon sayang!



love,
mama

No comments:

Post a Comment