Thursday, 14 November 2013

duit lagi.

kalau cerita bab duit, sampai mati pun takkan abis. ada orang takde masalah duit, tapi ada masalah keluarga, kesihatan, kejiwaan, etc. ada orang tak berpenyakit, sihat sokmo, kawin pun happy, tapi ada masalah duit. Allah tu maha adil.

lately banyak je dok baca travel blogs, seronok tengok org jalan sana sini macam takde masalah duit lansung. tapi mungkin kita taktau berapa punya lama la depa simpan duit sebab nak travel merata kot kan. tapi ada yg tak payah bersusah payah, malam ni beli tiket pi ostolia pun boleh.

kekta penah cerita, ada kawan dia ni, couple la, naik kete kecik, umah pun ada satu je, memang hidup ala kadar. tak bermewah lansung, tapi diorang buat macam tu sebab diorg target tiap tahun nak melancong. seronoknya kalau boleh macam tu kan? yg kita ni pandai cari duit lebih, tapi laaaaaagi pandai perabih duit. pantang nampak benda online best sikit mesti nak beli. behtu cemana nak simpan duitnya? T_T

baru ni masa HR Open Day, dah request tolak gaji utk Tabung Haji Fahri, TH mama, ASB dan duit koperasi. aduyai. gaji tak naik lagi, dah pi tolak memacam. ni mmg sengaja cari penyakit ni. haha. so lepas ni terpaksala lebih prudent dalam spending. tapi skang tgh tak lalu nak makan, so kalau lunch or dinner mesti nak makan pizza la, subway la, burger la, pasta la, semua memahal. camna nak simpan duit niiii? 

dan lately jgk dgr cerita dari kekta (lagi! haha) ramai staff pet yg buat part time jual shaklee. dan ada jugak org yg dikenali gitu2 pun si suami tu berenti kerja engineer petronas sbb nak jadi distributor shaklee, ikut jejak langkah wife yg selama ni dok umah jaga anak, jual shaklee baru 2 tahun, income dah 5 angka. seronok dgr camni. yg mak ni masih di takuk lama, tak berani nak amik tindakan drastik sebegitu. yelah, benti kang terpaksa makan pasiaq sat gi.

nak tanak, kerja la makan gaji dulu selagi masih belum berani cuba dan buat keputusan. kbye

1 comment: