Sunday, 10 November 2013

Langkawi Trip (31 Oct - 2 Nov 2013)

This should be my first entry on one of my trips.. and this time we went to LANGKAWI! Trip tak lama, 3 hari 2 malam je and Alhamdulillah, it was very memorable, sebab kitorang pegi dua family, except family Kekta.

Flight ticket dah book since January, punya lah lama tunggu 10 bulan utk trip ni. Air Asia return tix for 4 adults and 1 child RM500 jer siap dengan 20kg check in bag. so masa tu rasa cam its a good deal, so what the heck, pejam mata dan book je lah. This was in January, tak pikir lagi nak duduk mana etc. Masa sehari nak pegi tu drama gak la, mak siap tanya takmau drive ke pi langkawi sbb dia takut nak naik flight sbb tgh musim hujan. Tp abah ckp takyah la membaziaq sbb dah bayaq n Raja pon kata tak larat nak drive sbb sah2 jem gila sbb wknd tu cuti deepavali, selasa dpn tu cuti awal muharam, so back to back cuti n satu KL cuti sakan punya. So proceed jugak la naik flight.
(flight tix: RM500/5 pax = RM100/pax return, all in except food)

Menjelang sebulan dua sebelum our trip, Kokna dah tanya, dah book hotel ke? Masa tu baru teringat yg tak book lagi hotel apa2 kat langkawi. dah la book time deepavali, sah2 banyak hotel fully booked. Kokna yg tolong carikan hotel sbb dia pun nak join sekali, tp dia n family drive dari Kulim. cari punya cari, lastly kitorg book Malibest Resort. Tak igt berapa, tapi rasanya dlm RM180 utk 1 malam utk satu bilik dgn 2 queen sized bed. 
(accommodation: Malibest Resort, RM180/night for 4 pax)

Day 1 (31 Oct 2013)
- Flight to LGK at 330pm, drive all the way dari rumah to LCCT, park kete kat situ. sampai je kat LGK around 430, Kokna n Bobo amik kitorg pakai van sewa. Masa nak take off, teruk gila weather bergegaq mcm hapa sampai Fahri bising cakap "nak landing! nak landing!". masa tu dah cuak gila dah, sbb biasanya budak2 boleh rasa kalau benda buruk nak jadi. dgn mak dia skali panik sampai genggam tangan papa dia mcm tgh meneran nak beranak. drama sgt uols. Alhamdulillah lepas 10 minit flight ok dah sampai la ke langkawi.
- Sampai je langkawi, kak una amik pakai van sewa (RM350 utk 3 hari tuk van apa tah tak igt bleh tak). terus pegi hotel dan check in. lepas check in, pi cari kedai makan dulu, lapaq nak mampuih sbb tak proper lunch sebelum tu. mak makan nasik goreng kat LCCT RM12.90 haram tak sedap. camtula tony fernandes buat duit kan. pui!
- Lepas makan, kitorg terjah Haji Ismail Group (HIG) Mall kat pekan kuah n beli segala coklat yg Kekta pesan dan utk diri sendiri gak. Dasat HIG ni, ingat lg kecik2 dtg kedai kecik je n sempit, skang siap ada hotel bagai. Fuh!
- malam tu kitorg lepak je la, round2 pekan kuah n area pantai chenang. free n easy liddat.
(Sewa van: RM350/3 hari, makan2 jajan2 sendirian berhad)

Day 2 (1 Nov 2013)
- Happy 21st bday Kokna! Hehe 21st la sangat. Actually ni one of the reasons kitorg cuti2 berjemaah sbb in conjunction with Kokna's bday. Tehehe! Masa jalan2 area Chenang malam semalam, ada tgk brochure island hopping. Selama dok pi langkawi berkali2 sejak kecik, tak penah lagi island hopping. So terus suggest kat Bobo dgn Kokna, nak pi island hopping, 3 islands RM250 utk satu boat/family. So pepagi tu kitorg breakfast dulu sesiap, pastu call pompuan yg offer pakej tu tanya nak tunggu mana. dia ckp tunggu depan kedai kat area Chenang tu jugak, pastu ikut van diorg pi kat area mana tah, tp tmpt tunggu bot2 la. 

- First island - Pulau Dayang Bunting (PDB). masa nak ke sini, budak yg bawak bot tu speeding sikit, Fahri dah takut. diam je sepanjang naik bot. Bot tu berenti dkt tgh laut sbb nak tunjuk bentuk pulau yg dikatakan dayang bunting tu. mmg obvious nampak mcm pregnant woman tgh baring. Lepas tu perjalanan dgn bot diteruskan ke PDB. Sejam gak la masa yg diperuntukkan utk melepak kat situ. Mula tu terpikir gak, apasal lama sgt. Skali kena naik panjat tangga konkrit naik atas bukit, pastu turun curam utk ke Tasik Dayang Bunting. Tasik ni Subhanallah maha cantik! sgt ohsem sbb dlm tgh laut ada tasik. Kalau nak tau cemana tasik tu terbentuk, sila google. Kitorg siap naik paddle boat berkuasa solar, RM30 utk 3 org for 30 mins. Tapi tak sampai 30 minit pun sbb dah nak kena balik ke bot balik. Ramai gak la org kat situ mandi manda n naik paddle boat bagai. Interesting!
(solar power paddle boat: RM30/3 pax)

dua tiga kali tgk scary pun ada pic ni
the view from Pulau Dayang Bunting jetty
- Second island, pulau rimau rasanya. oih tak ingat plak. tp kat sini mmg tak turun dari bot, tengok eagle feeding jer. byk gila eagle and fahri n adam seronok sgt tgk burung. tak lama kat sini, tak sampai 20 minit kot

- Third island, pulau beras basah. Kat sini patutnya kitorg boleh turun n mandi laut, mmg putih pasir kat situ, ramai tul org mandi manda, tapi kitorg decide utk tak turun sbb dah kebuloq n tak bawak baju extra kalau nak terjun laut. So kitorg patah balik ke jetty dan mentekedarah nasik lemak yg mak dah beli sebelum naik bot tadi. Bobo siap ode ayaq nyok seketui. Ni baru betui beach boy! haha.

Lepas island hopping, kitorg dah kepenatan, balik rest kat chalet dulu. Ptg tu kuar balik pi makan dulu kat Artisan Pizza.. sumpah sedap!! Pastu kitorg pegi  The  Zon duty free mall kat Chenang, bobo n kokna nak cari coklat dgn brg2 lain yg org pesan. Kitorg ikut jela, except mak abah yg kepenatan n rest kat chalet smpi ptg. 

the yummy food at Artisan Pizza, Chenang
Malam tu kitorg makan kat Restoran Mee Kuah ke apa ntah la, yg di gembar gemburkan power tu tapi ceh takdela power mana. Hype je lebih. Btw makan kat Langkawi mmg mahal gila, rasanya nak sama mahal cam makan kat Singapore. Yg murah, coklat je. Haha.  Lepas makan, kitorang round Pekan Kuah lagi, sbb esok dah nak balik dah. Kitorg stop kat Dataran Lang, amik gambaq sekeping dua, pastu balik. Malam tu konon plan nak lepak tepi pantai, tapi last2 Raja lepak dgn Bobo je sbb mama fahri kena la teman fahri tidoq kan. Eih dua org tu, romantik sgt!
(Island Hopping: RM250/boat/family of 8)

Day 3 (2 Nov 2013)
Celik mata je terus pi tepi pantai. Chalet yg kitorg sewa tu brp meter je dari pantai, best gila! Yg tak brp best sbb belah blkg bilik tu chalet tu tgh buat bangunan 3 tingkat, so agak bising skitla sesiang. Tapi takpela, malam tak bising pun. Pemandangan kat pantai mmg cantik gila. Rasanya last pegi pantai pepagi masa baru kawin dulu kena pi kursus kat Kerteh, 5 taun lepas. hahaha! Punya la lama.

father and son moment :)
Kitorg terus kejut fahri sbb ni first time bwk dia mandi laut. Memang sepanjang2 tu la dia takut, everytime papa dukung dia pi ke tengah laut sikit je dia nangis so papa tak leh nak mandi sangat. Walaupun dah beli penyodok mainan bagai, dia tak heran pun. Mmg nak dgn papa je. Nasibla papa, tak dapek mama nak tolong. Mak abah dah keluar breakfast awal2 pagi lagi. Kitorg breakfast laut dulu.


Lepas sejam mandi, kitorg cari makan kat Pekan Kuah. Pusing punya pusing last2 makan kat gerai depan HIG, tapi lauk dah nak abis. Last2 mak buyung ni makan nasik kosong dgn ikan goreng + sambal belacan je. Ok la janji ada makanan masuk perut. Kitorg lepak lama gak kat sini, Raja lak sempat pi Idaman Suri masa kitorang pi makan tu pi beli brg Umi pesan.

Lepas makan dan melepak, kami teruskan perjalanan, round island sikit. Taktau cemana, tetiba je dah sampai area Datai. Gatai sangat pi Datai, nyaris2 Bobo n Kokna terlepas feri pi Kola Perlih. Haha! Nak dijadikan cerita. dlm dok nak cepat tu, time tu la nak jem bagai kat Kuah. Tapi diorg sempat gak naik feri, just in the nick of time. Nasib baik la jugak, kalau tak burn RM49. Kami pulak pakai kete lepas hantar diorg kat Jeti, tambah lagi RM80 sbb terlebih time utk siap2 check out dan terus ke epot. Ingat nak late check out tapi tak boleh sbb peak time masa tu cuti Deepavali.

Kitorang sampai epot pukul 6pm, flight around 850. So melepak la dua jam lebih kat situ. Nasib baik tak ramai org, so boleh buat macam epot sendiri. Alhamdulillah flight back was smooth walaupun dua kali gak la pusing kat KLCC. Macam biasa sepanjang perjalanan aku diam je sbb takut naik flight. Raja plak busy layan Fahri sbb tanak dia takut. Naik flight sejam ok la nak melayan, kalau 13 jam?? Wallahua'lam.

Mendarat dgn selamat dlm kul 10pm dan terus ke Sate Kajang kat RnR Dengkil for dinner. 2 hari lepas balik, Fahri demam panas up to 39.6C, Bobo demam siap masuk hospital n Adam pun demam kejap kebah kejap demam balik. Semua penangan Langkawi. Paed fahri ckp lately ramai org sakit lepas balik langkawi. Bobo ckp jiran katil dia kat hosp pun demam tak kebah lepas balik dari langkawi gak. aik. okla kita takyah gi langkawi dah pasni.. kita gi switzerland terus. insya allah tak demam.
(parking kete kat LCCT 3 hari 2 malam: RM116)

TIPS:
1. Sila buat research kedai makan sesedap kat Langkawi, sbb tak semua tempat sedap pastu mahai berapi.
2. Google dulu brp harga pakej island hopping sbb ada banyak company offer pakej yg sama, harga je maybe tak sama.
3. Kalau suka laut, sila duduk Malibest Resort or AB Resort area Chenang.
4. Google sesiap gak pakej sewa kereta, kot kot boleh dapat lagi murah kalau book awal.
5. Kalau pegi island hopping, bawak bekal makanan n baju extra kalau nak terjun laut

No comments:

Post a Comment