Wednesday, 27 November 2013

Paris.

Kalau orang tanya, apa yang suka sangat Paris tu, serius tak tau jawab. dah la hancing, kotor, Metro (train) station pun tak semenggah macam LRT / MRT. but there's something about Paris that i really love. maybe the atmosphere. maybe the smell. serius tak tipu, udara kat Paris lagi wangi dan sedap dari London. Ke ni penangan pegi Paris masa pregnant dulu? Rasanya tak kot. So yeah mungkin jugak la atmosphere kat sana, ada ex opismet cakap, kat Paris tu anjing pun nampak romantik. haha.

Dalam bab dressing up, orang-orang kat Paris jauh lebih stylo dari London. Kat London mmg gloomy, kusam, mandom, lembab dan sewaktu dengannya. Kalau tak percaya, pi check sendiri. Masuk tahun lepas, dah 3 kali pegi sana. Orang kata kat sana mahal, tapi sebenarnya tak mahal sebab kitorang duduk hostel, dan tak pernah lagi duk hotel. Kos dok hostel satu malam dalam 90 euro camtu, kalau dok dorm memang murah tapi kena share bilik air, tak kose mak. Tapi ok sangatla hostel pun, sbb untuk tido je. So far pengalaman dok kat hostel pun ok jer, sebab kat Paris tu selang 400 meter ada je metro station, so nak round town memang senang. Hostel yang kitorang amik tu siap breakfast, tapi kalau breakfast tu bukanla spread mcm hotel kat KL, tapi diorang bagi free croissant, hot choc or coffee/tea. So sebelum keluar makan la kekenyang.

sila abaikan muka mcm baru lepas beranak tu. ni kat Vintage Hostel,
jalan kaki je dari Stesen ketapi Gare Du Nord.
Kat sana, nak jalan pi memana memang senang. Walaupun diorang tak layan kalau kita cakap English, tapi sistem pengangkutan kat sana super efficient, tengok train map pun dah tahu mana arah nak dituju. Pastu murah pun murah, tak payah sewa keter kalau nak round kat town, sebab semak dan orang kat sana bawak kete lelaju. Walaupun laju, kalau nampak org lintas, dari jauh dah benti. Cer kalau kat KL. Kalau rasa nak hidup lama lagi, jgn la lintas jalan walaupun nampak motor/keter dari jauh. Haha.

memasing muka tahan sejuk - girls trip to Europe in 2012
Bab makanan pun tak jadi isu sebab kat sana penuh kedai Turki / Arab. Tapi kena tengok2 jugak, diorang cakap je halal, tapi ada serve arak. kalau ragu-ragu, tak payah masuk. Pegi je kedai makan lain. Makan per meal sorang dalam 5-6 Euro paling murah, tak la mahal sangat kan. Dan kalau tengah jalan tetiba lapar, singgah je beli nutella crepe kat gerai2 tepi jalan. sumpah sedap!

tudia portion makanan tu byk gila boleh share 2 org
Bab shopping tak payah cite la, kalau pegi europe, sah2 harga jauh lagi murah dari Msia. Beg LV yang rega plg murah kat sana pun harga beza RM1k dari harga kat msia. sbb tu la ramai je yang jual handbag beli kat europe bwk balik msia, sebab siap dapat VAT (tax) free, berapa banyak untung dah tu.

sila beratoq kalau nak masok LV HQ ni. tp berbaloi-baloi!
Orang-orang tua kat sana pun nampak tenang, macam takde masalah hidup. Kalau lalu kat park kat sana, tengok diorang main 'petanque', sukan yang tak berapa glemer kat Msia. Ada pakcik-pakcik yang bersidai kat 'jardin' a.k.a. parks kat sana, baca newspaper. Cer buat kat KL, mesti org kata pakcik ni balik jela rumah, buat pa mai taman klcc ni. hangat gila kot. haha. Oh yer, maybe weather kat sana yg sejuk2 berangin tu buat jadi best nak lepak luar. Kat Msia jgn harap la nak camtu.. sebab tu ramai orang suka bawak anak tawaf shopping mall dari pi parks.

masa ni pun sejuk gila baq hang. ku tahan jelah jebat.
Jadi, tulah Paris yang saya suka. Tapi satu je yang tak suka, orang2 sana yg racist dengan Islam dan pickpocket yang bersepah. bab tu kena jaga jugak, sbb last year masa pi girls trip dengan Kokna n Kak Ija, Kak Ija sedar yang duit dia hilang (banyak riban!) masa dah sampai kat London. Taktau masa bila hilang, tak dapat nak detect. So kena careful. Tapi bila pikir balik, tak payah pi Paris, kat KL pun bersepah je pickpocket, mat rempit, snatch thieves dan segala jembalang lagi.

Insya Allah akan ke France lagi nanti. Ehem!

2 comments: