Monday, 18 November 2013

#whatpregnancydidtome

rasanya kena buat list #whatpregnancydidtome sebab masa preggy kat fahri dulu dgn yg kali ni, dah ada few things yg boleh di-considerkan sbg mengidam, mengada dan sewaktu dengannya. ada benda yg dulu suka gila, pastu bila pregnant tak makan lansung, menangis tetiba tak tentu hala dan sebagainya. memacam perangai time mengandung ni, tapi nasib baik tak mengidam tayar masak merah, kemaruk bau petrol, tak suka bau suami etc. setakat ni perangai2 yg pelik tu masih boleh diterima akal (sendiri). hehe.

Food:
- dulu suka makan ikan keli, almost everytime lunch mesti cari ikan keli dgn cili, tapi masa pregnant tak sentuh lansung sebab geli. lepas beranak pun tak makan terus dah :(
- mengidam nasik goreng kat restoran Makan, Portobello, London (eh ni sumpah sedap!)
- tak lalu makan nasik, masa pregnant fahri asik nak makan Subway. pokai ok. skang 2nd pregnancy seawal 2 bulan dah tak lalu nak makan nasik. tskkkk!!
- suka minum ice choc, pastu kunyah ais
- happy gila dapat makan laksa sedap kat The Loaf sampai rasa nak nangis. emo tak tentu hala
- ada skali tu rasa nak makan hot dog, tapi bila hasbeng tak pi beli dan dan tu, lepas sejam ke brp lama tah dia nak pi beli, terus rasa tak lalu. hahaha.

Travel
- lagi rasa nak travel dari makan. eh ye ke? <-- confirm mengada ni.

Random
- Nangis dengar lagu Yuna - Decorate. sebelum ni takdela suka nau.

ok tu je yg ingat takat ni. list ni haruslah bertambah dari semasa ke semasa sampai la beranak, takpun sampai mengandung lagi sekali. Eh.




1 comment: