Thursday, 26 December 2013

homemade playdoh

hari tu dah janji dgn fahri nak buat playdoh sendiri, so last 2 weeks dapat pun buat kat dia setelah berminggu dok tangguh. padahal bukan susah pun, dan pernah pun buat sebelum ni. playdoh buatan sendiri ni selamat digunakan sebab pakai ingredient utk buat kek jer, dan sedikit coloring. kalau anak kita gatai nak gigit pun ok jer, cuma masin gila jelah sbb banyak garam. hehe.

Bahan-Bahan
1 cup flour (tepung gandum)
1 cup water
1/4 cup salt (kan dah kata, byk gila!)
2 tsp cream of tartar
1 Tbls vege oil (minyak masak je)
food coloring (2-3 drops, up to you)

Method:
1. Campak semua ingredient dalam pot, kacau perlahan2 sampai melekit2 dan mengeras sikit dan jadi dough (tak lama, dalam 5 minit je kot)
2. Tutup api, pindahkan dough tadi atas tray dan biar sejuk
3. Ratakan dough sampai cantik, simpan dalam bekas kedap udara bila dah betul2 sejuk. (kekadang tak sempat simpan, bebudak dah terus main dulu dah)




Insya Allah nak buat lagi utk Fahri, buat kaler lain pulak. hari tu buat pink je sbb cream of tartar dah habis. nak try kurangkan food coloring tu so boleh dapat kaler pastel. ibu-ibu sila cuba! pasti anak anda akan suka!

No comments:

Post a Comment