Tuesday, 3 December 2013

menang kontes

ada sesetengah orang yang memang sentiasa lucky tiap kali masuk pertandingan. semalam baru borak dgn kokna, dia cite ada opismet dia dulu mmg rajin join kontes, dan selalu gak la menang itu ini.

sepanjang hidup iols, penah masuk few contest, dan hadiah yang paling best dulu pernah menang compact camera dan replika kapal terbang. compact camera tu sebab masuk pertandingan DARLIE, kumpul barcode pastu pos ke opis diorang. memang senang nak menang, tapi masa tu tengah tunggu result spm, taktau nak buat apa, so join segala kontes yang ada.

yang replika kapal terbang tu pulak menang contest ntv7. masa tu tengah tengok tv, ada cite pasal austria. tak ingat dah kontes tu kena buat apa, rasanya cipta slogan kot. memang lemah la bab ni kan. tapi cuba jaya jelah, tengok2 menang saguhati, dapat replika kapal terbang Austrian Air. Tapi disebabkan kena collect sendiri replika tu kat opis diorang kat KL, terus rasa malas nak collect. Sebab masa tu yelah, kecik lagi (sekarang pon kecik), rasa macam susah nak ke KL waktu opis sesorang. Cuba kalau menang sekarang, replika pun replika la, amik je kalau dah dapat. untung-untung 20 tahun lagi boleh juai kat ebay dapat banyak gak tu. haha.

tadi terstumble upon blog WakGelas. Kagum tengok kesungguhan dan ke-lucky-an (omg ada such word keww?) pakcik ni. macam2 dia dah menang, dari cash sampai la ke ipad, rumah je kot tak menang lagi. siap sebulan dua kali menang ipad. bestnya!! memang ada org yg gigih gila macam ni, biasanya cina ja yang rajin dan gigih masuk kontes, tapi ni melayu pun ada. respek lah.

ni antara amalan pakcik wakgelas utk murah rejeki:
1. lepas solat, selawat kepada nabi 100 kali
2. baca ayat 1000 dinar tiga kali atau lebih
3. baca ayat ke-4 surah yusof
4. jangan lupa baca surah al waqiah

ok pasni nak gigihkan diri join kontes2, dengan harapan boleh la menang apa-apa. kalau dapat benda yang dah ada, boleh jual. eh mata duitan tol.

2 comments:

  1. salam ziarah dan salam kenal dari wak yg jauh dimata yee cik kak tuu.,uhHUuuu fatutlar wak tersedak2 dr kemarenn., ;-p

    ReplyDelete
  2. ahaks. tq wak gelas singgah blog tak seberapa ni. harap2 terkenan la nanti menang hadiah kontes apa2 :D

    ReplyDelete