Monday, 2 December 2013

tangguh.

banyak sebenarnya benda yang rasa nak buat, tapi selalu je tangguh. jauh di sudut hati ni, rasa nak kerja kuat-kuat, bayar segala hutang, dan work from home. takdela tak kerja lansung, kena ada duit extra, utk buat beli groceries top up memana patut, dan duit lebih tu, nak derma secara konsisten kat memana badan yang uruskan kutipan derma untuk palestin, gaza dan sebagainya. mungkin tak payah nak pergi jauh, boleh derma kat sedara-mara yang tak berapa nak senang.

dan teringin sangat nak join program-program macam 'Telekung Project', takpun any charity program yang banyak dan bercambah sekarang. Alhamdulillah, sekarang dah makin ramai semakin sedar, mampu dan sanggup berkorban utk membantu orang lain. teringin sgt nak tergolong dalam golongan orang macam tu.

bila pikir balik, sebenarnya takde apa pun yang menyekat kita dari buat kerja-kerja kebajikan, melainkan diri kita sendiri. kita selalu bagi alasan, kalau kita nak derma, time tu lah kita rasa ah takpelah, duit nak pakai ke lain, ada extra baru nak sedekah. takpun kita pikir kalau kita derma nanti, cukup ke buat makan pakai kita? kita masih lagi ragu-ragu dengan rezeki Allah, walaupun terang-terang Allah dah cakap, lagi banyak kita sedekah, lagi murah rezeki kita.

Contohnya, husband si tokey Al-humaira contemporary tu, kawan punya kawan masa sekolah dulu, tapi taklah rapat sangat. Tapi rajin je tengok dia update kat FB, jamu tetamu makan kambing golek depan kedai baru diorg kat bangi, time puasa sedekah kat rumah anak-anak yatim, tak pernah tengok sekali pun diorang merungut ada masalah duit, tapi siap bukak 2nd branch lagi. Dan dia pun pernah share dlm FB, kalau nak murah rezeki, banyak-banyaklah bersedekah, insya Allah lagi murah rezeki kita.

Memang syaitan suka sangat bisik kat kita setiap kali kita terdetik nak buat kebaikan walaupun sebesar zarah. Selagi kita belum tutup mata, selagi tu dia akan berusaha. Kira ni siri bercakap dengan diri sendiri jugak la ni, kalau nak list, banyak sebenarnya impian dan benda-benda nak buat, especially join aktiviti2 kemasyarakatan. Tapi, macam biasalah, diri sendiri ni pun penuh dengan tapi. "Saya nak sangat pegi usrah, tapi, saya sibok", "Saya nak join aktiviti itu ini, saya takut suami tak izinkan". "Saya nak sedekah, tapi saya takut nanti tak cukup duit" dan sebagainya.

Jom kita pakat-pakat terus buat sesuatu once kita dah terdetik nak buat, jangan tangguh-tangguh lagi. Kalau nak mati tu, takdenye kita boleh cakap kat malaikat suruh datang balik kejap lagi sbb kita ada banyak lagi benda nak achieve. *pasrah :(*

No comments:

Post a Comment