Thursday, 12 December 2013

Tips Dari Pakar Psikologi Kanak-Kanak

Dalam FB sehari dua ni ramai betul orang yg share tips tips dari Adlil Rajiah tentang tips dari pakar psikologi kekanak. Honestly rasanya tips yang dia bagi tu memang ikut logik je sebenarnya, tapi kita as parents banyak je alasan utk tak ikut cara yang betul untuk besarkan anak. Especially bab biar anak dengan ipad, tu mmg aku terer. Maknya manjang busy, so bagi anak main ipad selalu. Kekadang rasa berdosa dan bersalah gila sebab biar dia main dengan ipad je :(

So here are the tips:
1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 
kalau nak save duit, buat plastesin sendiri. I've done this before, and Alhamdulillah menjadi. Thanks to Pinterest, dalam tu ada banyak source cemana cara nak buat homemade plastesin. And ive been procrastinating since 2 weeks ago, dah promised myself and fahri kata nak buat plastesin lagi kat dia sebab dia asyik sebut playdoh. playdoh kan mahal uolsssss so wiken ni nak kotakan janji kat dia insya Allah.

if u read a lot, kalau biar budak main pasir memang boleh rangsangkan deria motor-motor badan dia. tapi kita sbg parents punya la marah kalau budak main pasir, ce tengok anak mat saleh. lagi kotor dan comot anak diorang, diorang lagi suka sbb its one of the learning methods by montessori pun.

2. Don't expose to too much things in a box.
bab ni la yg plg lemah sekali. nak cuba kurangkan tapi tu lah, mak pak busy. bila je tak busy kan. nak cuba sedaya upaya kurangkan kerja kat rumah dan spend more time with fahri. tsk!! kang aku gak yang menyesal kalau kecik2 dia dah kena pakai spek. ayoo!

3. stimulate your child's imitation skill
- yang ni applicable utk budak bawah 2 tahun. skang fahri dah 3 tahun, kang kalau aku merangkak bukan dia imitate, kang dia panjat belakang teruih. patah riuk oi. but i think ive done this part, though tak banyak tapi ada lah jugak.

Alhamdulillah fahri ni pulak mmg jenis suka imitate apa orang cakap dan buat, so umur setahun dia dah sebut mama papa, and by 3 dia cakap mmg tak pelat dah. sebijik2 bunyi. this part im soooo thankful. thankful sebab dia loyar buruk, perangai macam mama dia. bila loyar buruk ni, mmg rajin je mengajuk orang. bila mengajuk, dia cepat belajar (im trying to look at the positive side of being loyar buruk hehe)


4. Buy more concept toys - bricks, lego. dont buy superhero figurines etc.
- ni pun mmg ada baca sejak dulu, bila budak main blocks, lego etc ni akan sharpen their motor skills. dan otak diorg pun berjalan sbb diorg pakai imaginasi nak bina bangunan, kete etc pakai lego.

Thanks to Kokna sbb belikan fahri lego masa bday dia baru ni, dia pandai gila buat kren dari lego. i was so amazed when i saw one of his creations. memang proud moment masa tu, padahal aku tak menyumbang apa2 pun haha.


5. bila ajar anak cakap, ajar word dulu baru sentence
- ok ni pun dah tak applicable utk fahri, insya allah second child nanti akan dipraktikkan. contoh: "Eat" bukan "Come and eat", unless anak dah paham la.

6. kalau anak takut strangers, ask them to give high-5. 
- dlm blog tu kata avoid salam, tapi ni ikut la parents tu. tp alhamdulillah gak part ni tak risau sgt sbb fahri jenih tak takut orang. tp kalau org tak kenal dia jadi malu. kalau yg dia dah kenal memang tak reti malu lansung. stended la tu rasanya.

High-5 ni rajin gak buat dengan fahri, tapi bukan suruh dia buat kat strangers. contoh kalau macam dia main game (erk!), dan dia dapat complete certain stage, i'll say "pandainya fahri!! jom high five!" so dengan muka bangga dia akan bagi mama dia high-5. so far its working :D

high-5 ni jugak bagus utk boost confidence anak-anak, sebab macam kita bagi recognition kat dia bila dia achieve something. rasanya ramai je parents selalu puji anak-anak, which is good, tapi bila puji tu, kita try cakap "pandainya fahri buat kren pakai lego, cuba buat kapal selam pulak". so ni secara tak lansung, kita challenge dia utk buat something out of his norm dan cuba sesuatu yang baru.

7. Bila marah anak, kena explain kenapa kita marah.
ok part ni rasanya so far kitorang mmg praktikkan, tapi kekadang tu kalau dah penat sgt, mmg tak rasa nak explain, rasa nak marah je. adoi. sangat kurang tahap kesabaran. tapi part ni papa fahri mmg champion, kalau dia marah suara tinggi sekali pun, dia akan cakap "kenapa papa marah? papa marah sebab bla bla blaaa". Kekadang fahri buat dek je, tapi tak kisah la diknon, janji masuk dalam kepala.

8. dont let your child to be overly-attached to one person only
contohnya, kalau ada maid, kita biar anak kita baik dgn maid je. sampaikan cakap pun dah macam indon. nehi. sesilap nanti dia ingat maid tu mak dia. lagila haru. dulu masa kitorg ada maid, fahri mmg rapat tul dgn maid dia sbb mak pak dia manjang busy.

so kekadang bila dah tgk camtu, kita as parents pun amik kesempatan utk amik masa tu utk buat kerja kita sendiri, padahal patutnya balik rumah tu, tu lah masa kita kena spend dgn anak sebab dah seharian anak spend dgn maid (ni cakap dgn diri sendiri ni).

lagi satu, kalau salah sorang dari parents marah anak, cuba elakkan cakap "mama ok je, tapi papa garang, papa marah kang haa". so nampak macam one party yang jahat, one party lagi baik. pun tak elok camni.\

9. follow your child's interest
so far tgk fahri suka main lego, main bola, kaler2 pakai watercolor. kekadang rasa tak laratnya nak main kaler sebab nanti kena kemas. adeh. rasa guilty gila skang ni sbb fahri selalu je ajak kaler2 tp takde masa sgt nak layan dia. arghhh im a bad mom :(

insya allah kalau kita ikut apa interest anak kita, dia akan develop certain skills dari kecik. contoh macam kaler tu la, or build lego ke apa, seriously you'll be amazed with their creations!



10. bagi pilihan jawapan utk enhance communication skill
ok part ni aku still lacking lagi. nak nak kalau kena time penat. tapi kekadang kalau teringat, praktik la jugak. contoh kalau fahri nangis, tanya dia kenapa dia nangis, jatuh ke, sakit ke tak.

pernah sekali tu lepas papa dia marah, dia sedih, pi peluk dia, explain kat dia baik2 kenapa papa marah, papa marah sebab kalau main pisau nanti tangan fahri luka, kalau luka kan sakit, nanti masuk hospital kena cucuk, kena cucuk sakit! tak best tau!" (memang perbualan sebenar between aku n fahri ni).

masa nak tido, try borak dgn anak kita. part ni pun jarang buat, sebab biasanya kalau dah baring tu, memang nak suruh dia tido cepat, either sbb aku nak buat keje or sebab kesian dia tak tido petang, ataupun kedua-duanya sekali. ada skali tu lepas balik dari aquaria, masa baring2 sebelum tido tu, tanya dia "fahri pegi mana tadi? seronok tak pegi aquaria? nak pegi lagi tak? fahri tengok apa kat situ? ada banyak fish tak?" seronok melayan dia jawab, sbb masa tu kita dapat tengok sejauh mana otak dia berpikir utk jawab soalan-soalan kita. tapi masa dah abis visit tu, dia tertengok video shark kena potong fin. part tu la yang paling dia ingat. so bila dia asyik mention "shian shark" tu, i took the opportunity to explain why we are not allowed to kill animals, kenapa Allah marah kalau kita seksa binatang, things like that.

kekadang ada jugak time yang dia tak bagi respon, dia diam je. tapi orang tua-tua kata kalau diam tu tanda setuju. harap2 memang masuk la dalam kepala dia aku cakap macam tu.

bab parenting ni kalau nak share, memang takkan habis. seronok sangat sebab skarang ni dah ramai parents mula 'buka' mata dan rajin nak belajar cara-cara besarkan anak. dengan ini saya berjanji akan spend lebih masa dengan fahri dan bakal adik dia nanti. cita-cita nak jadi housewife khenn, so kena la prektik dari sekarang. :D

No comments:

Post a Comment