Monday, 27 January 2014

Pesan Memesan

Its already 2014 and there are people who still write their dua's and wishlist on papers for their friends and families who will be/are performing umrah or Hajj. Ok sebenarnya ni cakap untuk diri sendiri jugak, sebab diri sendiri pun pernah buat camni dua tahun lepas. Kihkih.

Sebenarnya, kalau nak doa, tak payah tunggu pi depan Kaabah pun boleh doa. Cuma makbul atau tidak tu, itu urusan Allah. Kita sebagai hamba-Nya hanya perlu berusaha, berdoa dan tawakal. Tak salah pun nak bagi list doa nak bagi kat kawan or sedara kita yang pi umrah or haji suruh dia baca kat Mekah nun, tapi alangkah lebih afdal kalau kita bangun malam, solat hajat, solat tahajud bagai, dan kita doa sendiri dengan penuh tawadhuk (gitew aku). Bukankah lebih berkat dan lebih bagus macam tu, dari kita sub-con doa tu kat orang lain untuk bacakan untuk kita?

Masa parents pi umrah hari tu, kekonon nak bagi list doa nak suruh mak n abah baca kat sana, tapi bila pikir balik, sebagai parents, mestilah mak bapak kita doakan yang terbaik untuk anak-anak diorang kan? Jadi rasanya doa itu pun dah cukup dah utk kita.

Cuba kita check balik, kalau kita rasa permintaan kita selama ni Allah tak makbulkan, apa kekurangan kita. Solat compang-camping (kena batang hidung sendiri ni), amalan pun tak cukup, malah doa pun ala kadar dan macam melepaskan batuk di tangga je (betul ke penggunaan perumpamaan ni?). Tiap kali lepas solat, cuba kita check, ada ke kita nak duduk lelama skit kat sejadah, kita istighfar, kita doa sungguh-sungguh. Tak ramai yang buat macam tu, termasuk diri sendiri. Asyik nak cepat sbb even dalam solat pun dok terpikir kerja-kerja yang tertangguh bagai. Hadoilah setan!

Mak saya pesan jugak, kena tengok pemakanan kita. Bukan diet bagai tu, tapi punca rezeki dan makanan kita tu halal ke tak. (pun kena kat batang hidung sendiri). Alhamdulillah saya dah setahun lebih tak makan Chilis sebab ada jual arak kat situ. Maybe daging n ayam situ dari sumber halal, tapi once kita ada keraguan, baik kita elakkan. Sumber rezeki yang diragui juga boleh affect utk doa kita diterima atau tidak oleh Allah.



Lagi satu, nak doa juga ada tertib. Ni tertib doa yang saya jumpa dalam internet:

  • Bertaubat kepada Allah S.W.T terlebih dahulu atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Boleh mengerjakan solat sunat taubat dan disusuli dengan beristighfar.
  • Lakukan solat-solat sunat seperti solat tasbih, solat tahajjud dan witir sebelum berdoa.
  • Tadah tangan ke arah kiblat sambil menghadirkan rasa ikhlas di dalam hati dan bersungguh-sungguh untuk memohon hajat ke hadrat Allah S.W.T.
  • Mulakan doa dengan bertasbih seperti Alhamdulillah atau menyebut nama-nama Allah yang agung. Kemudian berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
  • Lafazkan permohonan anda dengan rasa rendah diri dan suara yang sederhana kuat.
  • Berdoalah dengan sepenuh hati. Tanamkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan memakbulkan doa anda itu.
  • Disarankan mengulang-ulang doa tersebut sebanyak tiga kali.
  • Akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan akhirat, diikuti selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji Allah S.W.T.

Dan akhir sekali, waktu-waktu mustajab berdoa:
  • Sepanjang bulan Ramadan terutamanya Lailatul Qadar.
  • Satu pertiga malam iaitu daripada waktu tengah malam sehingga waktu fajar.
  • Pada hari wuquf di Arafah.
  • Sepanjang hari Jumaat. Ada pendapat ulama’ mengatakan hanya satu waktu sahaja dalam hari Jumaat yang doanya dimakbulkan oleh Allah.
  • Malam dua hari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
  • Setiap kali selepas solat fardhu.
  • Waktu antara azan dan iqamat.
  • Ketika sujud dalam solat fardhu.
  • Selepas solat Asar.
Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan amal ibadat dan berdoa.. jgn lupa berdoa supaya semua amalan kita diterima Allah, dan semoga kita mati dalam Iman dan Islam.. ameen. Rasanya dalam bebanyak doa, dua doa ni la yang paling penting, sebab kita tanak la mati kapiaq.

Jadi, pasni, tak payah lah kita bagi list doa nak sub-con kat orang mintak doakan untuk kita. Kesian orang tu sbb for sure bukan kita je yang bagi list tu, kalau ada 30 orang, tak ke berkajang-kajang dia nak kena bukak kertas depan Kaabah :D

No comments:

Post a Comment