Tuesday, 21 January 2014

poligami.

since tajuk ni lagi feel nak tulih dalam BM, so saya tulih BM je lah. *panjang nak mampuih entry ni*

tajuk ni agak taboo utk sesetengah orang, malah kebanyakan masyarakat kita masih ramai yang against poligami, atas sebab-sebab tersendiri. saya memilih untuk tidak banyak komen bab poligami, sebab ada di antara orang-orang yang rapat dengan saya mengamalkan poligami, dan saya taknak sesiapa terasa dengan post ini.

tapi, jom kita check kenapa ada lelaki yang berkahwin lebih dari seorang, dan kenapa ada yang tak setuju dengan poligami. ya, cakap memang mudah, tapi cuba kita letak tempat kita kat tempat wanita yang dimadukan itu. memang perit, if i were in her/their shoes, mau tak tertelan agaknya ayaq lioq tu.

#1 - Hak Seorang Suami dan Isteri
Sebagai seorang wanita yang bekerja sepenuh masa dan juggling dengan part-time business, saya rasa saya banyak sangat kekurangan dari segi layanan terhadap suami, tak kira la layanan apa, tapi kita tengok dari semua segi - zahir dan batin. kekadang sebelum tidur rasa bersalah sebab rasa tak sempurnakan hak suami dan hak kita sebagai isteri dgn baik. masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. rasanya bukan saya sorang je yang rasa camni, sebab sampaikan ada juga kawan-kawan saya yang sanggup suami kahwin lagi satu sebab rasa bersalah sbb tak dapat tunaikan hak si suami dengan baik.

Fitrah lelaki itu adalah perempuan, dan kalau diikutkan, tengah masak sekalipun, kalau suami berkehendak, si isteri kena 'padam' api suami tu dulu, baru boleh sambung masak. Ini apa yang saya dengar dari ceramah Ustaz Kazim hari tu lah. Tapi sebagai wanita yang bersuami, cuba kita check balik, kita dah sampai ke tahap macam tu ke? Jadi disebabkan hak si suami tak dapat ditunaikan dengan baik, masa itulah dia rasa macam nak berpoligami. Tapi, saya rasa dalam bab ni, suami yang baik adalah suami yang tidak memaksa dan faham akan situasi dan keadaan isteri, larat atau sihat ke tak, mood ok ke tak etc.


Semalam dengar ceramah kat TV, ada ustazah tu kata, poligami ni juga kalau kita tengok dari sudut yang positif, sebenarnya ia adalah waktu 'rehat' untuk kita. sebabnya bila suami kita ke rumah madu, kita dapat some 'me time'. cuma sekarang, tebal ke tak tebal kesabaran si isteri tu je lah nak melaluinya. again, cakap memang senang. takut masa dok 'me time' tu la nanti tetiba sedih, nangis, meroyan dan yang sewaktu dengannya.

#2 - Bab Adil dan Saksama
Nak mengamalkan poligami bukanlah sesuatu yang mudah, banyak faktor kena fikir, terutama sekali bab adil sesama isteri dan anak-anak. Ada yang kata, kalau isteri pertama dapat duit bulanan RM5k, isteri kedua pun kena dapat jumlah yang sama. Tapi bagi saya, kalau isteri kedua takde anak lagi, tak payah lah bagi sama banyak, sebab dia tak perlukan duit sebanyak itu untuk sara hidup dia. Dan cuba kita letak tempat kita kat isteri pertama, kalau kita tahu isteri kedua yang takde anak dan dapat duit sama banyak, mesti kita kecik hati, kan? Dalam bab ni, suami kena pandai musyawarah (gittew) dan berlaku seadilnya dengan kedua-dua isteri, sambil mengira baik buruk dan kos sara hidup memasing. Fuh, berat!

Bab adil ni bukan bab duit je, bab kasih sayang, bab spend masa sesama. Seriously, rasanya tak semua laki mampu nak berlaku adil, nak nak ada salah seorang bini yang jadi 'favourite', tak kira bini tua ke bini muda. nak taknak sebagai manusia, amat susah untuk kita berlaku adil. sedangkan mak bapak pun, kita tend to have 'favourite' son/daughter, kalau anak lebih dari satu lah. cuma as parents, kita kena pandai sorok favouritism tu sebab taknak ada anak yang terasa.

Yang buat ramai orang especially wanita marah dan tidak setuju dimadukan sekarang ni, sebab ramai lelaki yang tak mampu pun nak sara hidup anak bini, dan ada hati nak kawin lagi satu. Kalau dah nak kawin sangat tu, macam2 alasan depa bagi. Dan ada jugak wanita yang sanggup jadi isteri kedua, sebab biasanya laki yang dah kawin ni either poket lagi lebat, tak pun pandai ambik hati. Macam-macam sebab lah, tapi kalau dah nak jadi tu, memang jadi je.

Dan salah satu sebab lagi kenapa ramai yang tak setuju laki nak kawin lebih dari satu sebab bimbang suami tak dapat berlaku adil dari semua sudut yang saya sebut tadi. bab kewangan, bab kasih sayang, bab layanan dan sebagainya. ada yang jenis baran, tak pernah nak layan isteri pertama dengan baik, mulut mengalahkan longkang, tangan dan kaki senang je nak melayang, tetiba nak kawin lagi satu. hoi sapa tak geram ehhhhh.

Tapi, untung gila sesetengah laki yang bini dia sendiri yang pergi merisik isteri kedua utk suami dia. Ada orang macam ni ok, dan saya kenal orang itu. Tabik spring toing toing! Besar pahala isteri dia, bagi saya ini adalah satu pengorbanan dan anjakan paradigma yang besar. Her/their whole lives changed forever!

Banyak jugak success stories poligami ni, esp ustat-ustat. cuba kita tengok balik, kenapa ramai ustat ok je poligami, tak banyak issue, tak banyak dengar cerita yang tak elok, sebab didikan agama yang diorang ada dan yang diorang mampu bagi kat isteri-isteri memasing. betul saya cakap, kalau ilmu agama tak cukup di dada, tak payahlah ada hajat nak poligami. sebab bukan mudah nak handle, memang kena kuat dari segi mental, fizikal dan rohani.

Satu lagi kita tengok apa niat si suami tu nak kawin lagi satu. adakah betul-betul ikhlas kerana Allah, ataupun kerana nak menundukkan nafsu, takpun sebab nak tolong sesiapa. Apa-apa pun, setiap kerja dan amal yang kita buat tu, kenalah ikhlas kerana Allah. dan buat kesekian kalinya, cakap memang senang weh! Dan niat nak kawin lagi satu tu, selain Allah, hanya lelaki tu sendiri je yang tahu.

Saya tidaklah against poligami, sebab takut jatuh hukum berdosa sebab menidakkan hukum Allah. Tapi saya rasa, saya tak boleh bayang kalau benda ni kena kat batang hidung sendiri. Bukan tak pernah terlintas, tapi tanak pikir sebab rasanya tak ready pun nak lalui semua ni.

Setiap yang berlaku itu adalah ketentuan Allah, dan sebagai hamba-Nya, kita kena pasrah dan redha. buat kali ketiga, cakap memanglah mudah. nak nak orang macam saya yang iman nipis dari kulit bawang ni. sesilap meroyan setahun dua kalau jadi kat diri sendiri.

Nota kaki: Mohon tak ada pihak yang terasa dgn post ni, bukan nak mengata atau tuju sesapa, ini adalah pendapat peribadi saya tentang poligami. 

No comments:

Post a Comment