Thursday, 13 February 2014

mimpi mati.

termasuk semalam, dah dua kali mimpi arwah pakcik, dan sekali mimpi arwah nenek dalam masa dua minggu. masa mimpi aritu, takdela jiwa kacau sangat, tapi pikir maybe diorang rindu kat kita, takpun nak mintak kita sedekahkan doa dan Alfatihah kat diorang.

arwah tok mmg sangat rapat dgn kitorang adik-beradik (kekta & kokna) sbb dalam reramai cucu, kitorang bertiga la yang duduk dgn tok dari kecik sampai la besar. masa kecik2 dulu, mmg tak sekepala dgn tok, tension je sbb selalu kena marah, kena intai (hobi tok ni), dan macam-macam lagi. tapi tok pandai masak, dia masak apa pun sedap, lauk pauk kuih muih. tapi sayangnya bakat tok tu tak turun kat cucu dia ni.

semalam mimpi arwah pakcik sihat segar bugar, dia kata kaki dia ok. tapi dia meninggal bukan sbb potong kaki diabetic ke apa, tp sbb lung failure, and one by one internal organ dia fail. 2-3 bulan jugak lah dia sakit terlantar sebelum meninggal. taktau la apa maksud mimpi tu. mungkin jugak semalam tak solat isyak sebelum tidoq, bgn pagi buta baru nak solat ujung tanduk. tskkk.

episod kedua mimpi semalam, mimpi dah mati siap cerita kat kakak cemana boleh mati. ceritanya tengah jalan2 kat town, nak lintas jalan antara blok bangunan ada construction, tetiba kren jatuh atas kepala pastu mati on the spot. tak ke horror mimpi camtu, boleh tau mati cemana n siap boleh cerita kat kakak.

tapi takleh lawan mimpi mati masa uni dulu, mimpi dah mati, pastu tanah tak terima. nauzubillah mintak simpang jauh-jauh. harap2 mimpi ni hanyalah mainan syaitan, takpun sebagai petanda untuk saya lebih mengingati mati dan Allah s.w.t. sesungguhnya mati itu pasti, cuma kita taktau bila ajal kita. cuma saya harap pengakhiran hidup saya ni husnul khatimah. ameen..


No comments:

Post a Comment