Sunday, 6 April 2014

Cheng Child Clinic Review

Sejak umur 6 bulan lebih, kitorang dah tak bawak Fahri pegi PCMC, sebabnya one of the paeds kat situ, Dr Anna Padma sangatlah kasar in handling kids dan macam tak sympathetic langsung kat budak. Kitorang bawak dia pegi PCMC sbb dia lahir kat situ, kalau tak salah, biasanya once baby lahir, mmg diorang 'tag' baby terus dengan paed yg on-call masa tu. So dapatlah si Anna Padma. Ada dua kejadian yang tak best yang kitorang encounter dgn Dr Anna:

1) Masa nak cucuk 3 month, tetiba muka Fahri literally tukar jadi biru. Kitorang terkejut tengok, sbb jarum yang dia nak cucuk ke peha Fahri tu tak masuk² setelah beberapa kali try. Ok dah hangin satu badan dah masa tu, tapi diam je. Papa Fahri was there too, kitorang pandang each other and diam. Kesian sangat kat budak tu!

2) Masa Fahri tengah tertiarap, Dr Anna nak pusingkan badan dia ke depan, tapi dia angkat tu kasar gila sampaikan tangan Fahri sebelah tak terpusing lagi, nasib baik tak terkilas. Sampaikan nurse dia, and kitorang pun cakap "Eh Doktor! Tangan baby tu!" Baru la dia alihkan bebetul, pastu tak cakap sorry.

So kitorang pikir that's it la. Dah malas nak pegi check up kat PCMC, kitorang pegi klinik biasa je. So bila pikir balik, since insurans pun kena pay and claim, dan PCMC punya charge pun agak mahal walaupun dapat claim later, kitorang pikir baik pergi klinik kanak-kanak yang terdekat dengan rumah, Cheng Child Clinic. Dalam 5 minit je pun dari rumah, dekat sangat. So begitulah history macam mana kitorang boleh pegi klinik Cheng.

Dari segi accessibility, Klinik Cheng ni sangat convenient sbb dekat sesangat dengan rumah kitorang, dan betul-betul depan LDP, sebelah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC). Rasanya dulu Dr Cheng memang paed kat KJMC, pastu dia beli shoplot sebelah tu and buat klinik sendiri. Nak masuk ke area situ kena bayar parking, tapi yang bestnya baru-baru ni Klinik Cheng dah start bagi "parking rebate" RM3 untuk pelanggan-pelanggan dia. Kalau tak salah parking kat situ sejam kena charge RM3.



Klinik ni bersih, if u are the first to come, nanti makcik2 receptionist tu akan sapu dan mop dulu lantai pepagi, memang standard SOP diorang everyday. Cakap pasal makcik2 ni pulak, dalam 3 orang makcik (nyonya) yang jaga kaunter, ada sorang makcik yg agak garang, dan tak friendly lansung. Pernah sekali tu dia marah sebab apa tah tak ingat, tapi memang sentap mak! Cuma toys yg ada kat situ je yg tak berapa nak bersih, ye lah, larat pulak diorang nak cuci toys situ sesatu. 




Dari segi timing pulak, kalau nak pegi klinik ni, takyah la pegi awal pagi sangat. Sebabnya, mmg ramai gila orang pepagi. pastu, Dr Cheng ni pulak memang fashionably late. Dtg la awal cemana pun, tapi dia mmg selalu masuk lambat. If u come at 830, sesilap sejam lebih kena tunggu baru dapat jumpa dia, sbb dia masuk pun kul 9-930. Dan bila dia masuk tu, dia akan berlari-lari anak buat² macam dia rushing. Kalau first time tengok macam oh ok la Dr stuck in jam. Tapi kalau dah 10 kali datang, memang 10 kali la gaya dia macam tu. Haha. Kalau boleh, datang petang pukul 4 camtu, tak berapa ada orang. Kalau emergency or urgent, datang je lah pepagi dan tunggu jela dia datang.

Walaupun manjang datang lambat, Dr Cheng sangatlah friendly. Cakap Melayu fasih macam Melayu, maybe sebab dia orang Penang (rasanya la, tak ingat). Dia akan check dan explain macam-macam, kalau kita tanya pun dia akan jawab. So compensate la time dia lambat tu dengan layanan dia n rebate RM3 hehe.

Dr Cheng charge agak masuk akal, reasonable lah. Tapi baru ni dia kata ubat pun dah naik harga, so kalau anak demam panas, sekali pegi tu wajib RM100 utk consultation, flu, demam dan ubat bontot. Pernah sekali tu kitorang kena sampai RM120, tak ingat sebab apa. Tapi dia sendiri akan kesian sbb mahal sangat, dia yg bagi diskaun. 

All in all, Klinik Cheng mmg recommended la utk org yg tinggal di area Kelana Jaya. Boleh call utk set appointment.
Alamat:  FAS Business Avenue, No. 7 Lot 113 Ground Floor, Jalan Perbandaran Ss7, 47301, Kelana Jaya, Selangor.
Tel:  03 7880 8711




No comments:

Post a Comment