Friday, 18 April 2014

Tetiba rasa down

Lumrah manusia, cemana sekalipun kita tengok orang lain yang lagi best dari kita, mesti kita rasa down walaupun kita tau ramai lagi susah dan hidup tak best dari kita. Bukan down sebab orang lain ada life yang kita rasa lagi best dari kita, tapi memang setan tu rajin jela cucuk bagi kita rasa bukan-bukan walaupun dah cuba sedaya upaya nak pikir positip.

Lately ada la beberapa kali rasa down, bila ter-compare org lain dengan kita.

Contoh: 
1. Rasa down sebab ramai je pompuan pandai masak, bake, kreatif bagai. Campak apa pun menjadi je bila kat dapur tu. Tapi kita ni dah la tak pandai masak, bake pun tak berapa. Kesian kat family :( Siap terpikir nanti anak dah besar nanti nak makan apa woi? Kalau 'terduduk' kat oversea, masak la nak makan luar. Kena masak hehari. Takkan nak makan angin kuar asap je? Haa mula la tu.

2. Tengok org lain serba serbi kemas, cantik, sentiasa je wangi dan bersiap. Semedang je cantik. Tapi kita ni selekeh, sememeh, takde pun nak cuci muka dan bersiap sangat. Ahkak ni pakai compact powder jer.

3. Down sebab orang lain takyah kerja dok rumah jaga anak, homeschool dan tak payah cari part time job nak tampung hidup. Yang kita ni kena kerja, anak pun takleh nak ajar sangat, dah tu kena cari kerja lebih sebab nak tampung hidup.

4. Kekadang rasa best tengok orang jadi housewife, boleh uruskan rumah sendiri. Rumah iols dah tak macam rumah ok, especially bilik tidoq sendiri. Yang kat luar tu almost weekly ada bibik mai cuci. Tu pun sebab dok dengan mak abah. Kalau dok sendiri memang confirm takde rupa rumah langsung kot.

Ada lagi la contoh-contoh lain yang tak tertulis kat sini. Isk tanak la bunyi macam merungut, tapi ntah la marilah kita salahkan hormon mengandung ni sama. Dah cuba sedaya upaya tanak pikir mengarut lelebih, tapi apakan daya, saya manusia biasa. Tapi takleh la forever nak rasa macam ni, kan? Jom pikir yang dalam kita dok rasa tanak kerja tu, ramai lagi manusia lain yang berebut-rebut nak kerja kat tempat kita ni dan ramai lagi yang tak mampu beli compact powder.

Sekian terima kasut.


No comments:

Post a Comment