Friday, 16 May 2014

Alfatihah Arwah Arman



alfatihah adik arman..

Takde seorang mak pun yang tak sedih kalau dia kehilangan anak dia. I have been hearing a lot of sad, stories of people (or to be exact, mommies) losing their child(ren) lately. First, it was Nulu's good friend, Ieyla who lost her 3-weeks old child, Akif due to kidney failure a week ago.

Rasanya masa pregnant baby Akif ok je.. and he was her second child. She lost her first child masa pregnant, miscarriage rasanya tapi tak sure bulan keberapa. Dah besar kot sbb baby Akif kubur dia sebelah kubur 'abang' dia yang mula tu. Allahuakbar besarnya ujian Ieyla! Tak dapat bayang kalau letak diri sendiri kat tempat dia. Sesilap dah masuk wad mental.

Tadi, dapat berita kematian arwah adik Arman, umur dia setahun je muda dari Fahri. Bila stalk IG mommy dia, tengok2 Arman pun lahir kat PCMC, on 21/10/2011. Fahri lahir 20/10/2010. Bila browse2 tu terbaca yang mommy dia baru dapat tahu anak dia kena leukimia 3 bulan lepas. Allah maha berkuasa, lepas few months bertarung nyawa, siap muntah darah 11 kali dalam sehari, Arman meninggal hari ni, hari Jumaat penuh berkat. Agak-agak boleh bayang tak kalau tengok anak sendiri muntah darah setiap hari berbelas kali macam tu, dengan badan penuh tiub bagai. Allahhh.. tak sanggup! Anak kucing mati pun aku dah nangis teruk, ni pulak anak sendiri. Nauzubillah.

Sebenarnya dah tau pasal Arman ni few weeks ago, ramai org share kat social media, esp IG. Tapi aku purposely tak amik pusing sangat, sebab tengah heavily pregnant ni rasanya tak sesuai nak ambik port cerita2 sedih macam ni. Tapi ni tadi dah tengok Kekta update kat FB dia, terus stalk IG dgn blog Mommy dia. Hanya insan terpilih jer yang kena ujian macam ni. Bahagian kita tak tau lagi macam mana. Jom lah doa yang baik2 jer..

 Alfatihah Arman, syurga buatmu nak.

No comments:

Post a Comment