Monday, 19 May 2014

Detailed 4D scan

I had the chance to do detailed 4D scan for baby F (Insya Allah nama dia pun start dgn hurup F jugak :D)  at 25 weeks of pregnancy. Now dah 36 weeks baru sempat nak share, sbb dah terhilangkan CD gambar doc bagi right after check up. Clumsy betoi! Btw biasanya doc akan advise utk buat 4D scan in between 25-30 weeks. Masa Fahri dulu tak buat, sebab tak compulsory pun. Actually kali ni pun tak wajib jugak, tapi dah Dr Seri sign up kan, ok lah buat je lah, lagipun tak pernah experience. Nak jugak tengok apa yang lain dari normal 3D check up tiap2 bulan tu. Cuma kalau ada option, nak buat kat tempat lain sebab lagi murah. Kat PCMC kos dalam RM300++. Boleh buat 3x scanning kalau kat tempat lain. Tsk.

Yang buat 4D scanning hari tu nama dia Dr Tan, I think he is the only specialist for 4D scanning there. Yup, its a HE! Setakat ni kalau boleh memang tanak lah check dgn gynae laki, tapi sbb dah takde option since dia sorang je yang buat 4D scan kat situ, redah je lah. Sesampai je hospital tu macam biasa check blood pressure (yang manjang rendah), urine test n berat (yang tak berapa nak berat sgt). Then bila masuk bilik Dr Tan je, terus pegi ke scanning machine tu macam check up biasa dgn Dr Seri. Taktau la apa beza machine scan 3D dgn 4D, to me they look the same. There's a monitor, and wires everywhere.

normal 3D scanning pic. Muka macam abang dia je ni hehe
Scanning tu amik masa dalam half an hour or so, kejap je. 4D checking ni biasanya check organ dalaman macam jantung, kidney, jari cukup ke tak, or check any abnormalities on the baby, including cleft lip. To me, kalau dah nak jadi, check awal pun bukan boleh buat apa, cuma boleh prepare upfront any possible procedure to 'cure' or 'curb' the abnormality, if any. Bila dah setel tu, dapat 1 CD penuh dengan gambar baby, dan ada video sekali. Alhamdulillah Dr Tan cakap takde apa2 abnormalities yang dia dapat detect, harap2 semuanya ok belaka nanti sampai la baby lahir.

4D scan pic of little miracle's leg
Taktaula betapa punya cuak mama ni tunggu masa nak bersalin sbb masa Fahri dulu kemain teruk experience. 12 jam in labour, takde rasa contraction apa, atas sebab tertentu (which I dont remember why I had to be induced one day earlier before EDD) tetiba kena induce, pastu kena hypercontraction. Hypercontraction ni kiranya contraction datang 3 minit sekali, kalau contraction biasa 3-5 minit sekali. Dah la tak boleh amik epidural sebab low platelet pulak tu. Tapi ada hikmah tak amik epi, sbb kalau amik ada possibility utk paralyse or sakit belakang sbb my blood condition tak berapa ok.

Mungkin sebab banyak sgt dosa, harap2 kesakitan tu jadi kafarah dosa lah. Org kata biasanya kalau takde contraction pastu induce memang maha sakit. Memang betul pun! So the last check up dgn Dr Seri hari tu dah cakap kat dia kalau boleh tanak dah induce, unless dah emergency ke apa. Dia angguk n setuju sbb dia sendiri tengok dulu macam dah nak putus nyawa dah. Sekarang dah masuk 36 weeks, insya Allah adik Fahri keluar dlm masa 2-4 minggu lagi. Doakan yang terbaik buat mama & baby F :)

For mommies yang teringin nak buat 4D scan u can check out these places:
1. http://3d-4d-scan-malaysia.com/3d-4d-scan-malaysia-pricing-plans/
2. Klinik Fauziah Add : 15, Persiaran Desa Ampang, Taman Seri Ampang, 68000 Ampang, Selangor (ni glamour gak ni)
3. Vision College Kelana Jaya, 127 Jalan SS 6/12, Kelana Jaya, 47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, 03-7803 8300 (pun glamour jugak, please set an appointment before you go)

1 comment:

  1. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete