Wednesday, 21 May 2014

Hydrotherapy at Prince Court Medical Centre

Masa pregnantkan Fahri in 2010 dulu dah pegi dah hydrotherapy session atas nasihat Dr Seri, my gynae. Rasanya most of her patients memang akan dia suggest untuk pegi hydrotherapy, especially yang rajin sakit belakang dan segala tulang belulang macam ahkak ni.

Tapi pregnant kali ni, baru sekali je dapat pegi session ni sbb kekangan masa. Eceh kekang la sangat. Tapi mmg ya pun, walaupun berendam dan bersenam dalam kolam air suam ni sejam je, tapi sebelum tu kena baring atas heatpack untuk longgarkan sikit muscle2 yang ketat dan apa2 yg patut dulu, ambik blood pressure, salin baju mandi, pastu baru dapat berendam. Lepas berendam pun kena siap2 balik, makan dulu, baru setel. All in all dari pukul 1130, kul 130 jugak la baru habis.

therapy room
Pool ni kat physio area kat tingkat 1. Sesampai je situ kena pi register. Tapi tak boleh register on the spot, kena book your slot much earlier, at least 1-2 minggu lebih awal sbb manjang full schedule sbb per session ada dalam 2-3 orang je, takleh reramai. Lepas register, kena salin baju hospital or pakai terus baju mandi, baring atas heatpack kat one of the therapy rooms available for 20-30 minit camtu. Heatpack ni kalau nak beli sendiri pun boleh, kos dalam RM450 utk saiz single bed. Bila pikir balik, takpela kot dah nak teberanak dah pun, kang lepas tu dah tak pakai tak worth the investment.

tengah baring atas heatpack. legaaaaaaaa
One thing I learnt during my session last week - kalau sakit muscle, kena baring atas heatpack. Kalau sakit joints, kena letak ice pack. So baru ni letak dedua sekali sebab both muscle and joints sakit hehe. Larap tak larap la kan mokcik ni. Dulu2 physiotherapist akan letak lotion pastu picit2 urut2 sikit gak la belakang badan lepas baring atas heatpack. Tapi kali ni tak buat camtu dah, just baring je la atas heat pack tu, mebi sebab dah tak cukup kaki dan tangan.

Once dah setel, before masuk kolam tu kena amik blood pressure dulu. Kalau BP tak tentu arah memang takleh masuk la sat gi pengsan naya. Pastu tunggu semua patients ready, baru aktiviti senam dalam air dimulakan. Ada macam-macam jenis senaman siap dengan alat bantuan lagi. Biasanya yang join hydrotherapy ni ibu² mengandung atau sesiapa je yang ada back or joints problem. Nenek yang sakit lutut pun pernah join. Part yang paling best bila boleh lompat2 dalam air suam-suam kuku pi balik pi balik few times sebab kalau kat luar air mmg tak boleh nak lompat la kan.. hehe.

entrance to hydrotherapy pool
Kalau boleh nak pi lagi, tapi sbb org pregnant smpi 36 weeks je boleh pegi, maka minggu ni minggu last attend session tu. Sedih tak sedih la sebab baru nak excited eksesais dlm kolam tetiba takleh pi dah. Bukan apa, takut terberanak jugak kang kat dalam tu nanti hehe.

kolam air suam :D
If I may suggest ibu2 mengendong yang dok sakit belakang tu boleh la try hydrotherapy ni, sebab tak banyak tempat ada servis macam ni. Rasanya 1-2 hospital je yg ada pool camni kat KL. Kat tempat lain tak sure. Just go to experience yourself. Lepas bersenam ni memang penat sikit, macam mandi laut sejam jugak la penatnya so kena spare bawak air mineral boleh minum selang2 sambil bersenam tu.

Kalau nak tanya rates, sumpah taktau berapa, sebab insurans cover. Tapi rasanya per session tu dalam RM100-200 la kot. Kalau nak tau exactly berapa kena call tanya PCMC sendiri. But all I know its really worth it :D

No comments:

Post a Comment