Thursday, 15 May 2014

Maidless in KL

Having a maid or a helper is a need or a luxury? What do you think? To me its more of a need than luxury since we are staying with my parents and both of us are working from 9-6. Papa Fahri pulak tengah sambung study, most of the times pukul 10-11 baru sampai rumah. Kalau nak ikutkan memang tak berapa nak mampu, tapi sampai bila nak susahkan mak abah? Ye dok? Hehari balik dari kerja rasa bersalah tengok muka mak abah penat jaga cucu :(

Fahri is growing up fast, hes turning 4 soon and one more baby coming soon insya Allah. Dengan keadaan-keadaan di atas, rasanya maid tu adalah satu keperluan. Sekarang ni pun dah rasa bersalah sesangat kat mak sebab kena jaga Fahri, ni nak ada adik, lagi lah tunggang-langgang. Tak sampai hati tengok mak abah kena jaga cucu-cucu, pastu dalam masa yang sama mak kena masak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju. I do help my mom at times tapi kita ni pun dah tak berapa nak terdaya sangat sekarang.

Dulu ada Bik Tari, maid kitorang yang bagus gila, tak buat hal, pandai masak dan tak banyak cekadak. Paling-paling pun dia suka selfie dalam bilik dia je. Takpun nangis sekali sekala sebab ada problem dengan husband dia, tapi bab kerja tip top, ajar sekali dua je dah pandai dan tak payah disuruh dah, esok lusa tu dah tau apa dia kena buat. Dan yang paling penting, dia jaga Fahri macam anak dia sendiri. Mungkin salah satu sebab dia 'behave' macam tu sebab kitorang tinggal dgn parents sekali. Mungkin tu rezeki kitorang dulu.

Lepas 2 tahun kontrak dia habis, dia balik kampung dan kawin lagi sekali. Kalau boleh kitorang nak dia balik, tapi apakan daya, tak boleh nak paksa orang. So bik Tari dah set precedence, bila dah dapat maid yang baik macam dia, nak ambik maid lain punya lah risau dan tak yakin. So dah lebih 2 tahun kitorang dah takde maid, rasa macam baru je. At first memang tunggang-langgang, tapi lama-lama dah get used to it. Sekarang ada weekly maid yang datang kemas dan cuci itu ini. Tapi bukan nak cuci je, sebenarnya nak ada orang tolong potong2 sayur untuk masak, basuh dan sidai baju etc.

When I asked around, weekly maid yang datang on weekdays je pun dah cecah RM800. Hai lah Indon, mementang la diorang tau kita ni memang terdesak, memang ditekan-tekan lagi caj ntahpape. Bik Tari dulu gaji dia RM600 je, tahun kedia naik RM650. Sangatla berbaloi sebab dia tido sekali, dan kerja Sabtu Ahad pun. Kekadang je dia mintak pergi rumah sedara mara dia kat PJ, tak pun keluar dengan kawan pegi karok. Kali ni atas sebab tertentu, kitorang tak boleh nak hire maid yang tido sekali, nak cari weekly je.

Nak dapat maid yang betul2 ok dan tak saiko sekarang mmg susah. Macam gamble jugak la ni. Kita spend beribu nak hire diorang, tapi kita taktau yang kita dapat tu ok ke tak. Kena doa dan tawakal je lah. Rasanya gaji yang dibayar utk RM800 tu sangatlah berbaloi KALAU dapat maid yang banyak masalah, saiko, dan yang sewaktu dengannya. 

Kitorang pernah hire maid utk jaga tok masa dia masih hidup dulu, ada yang saiko jenis guling-guling atas lantai, berlakon sakit so dapat pegi klinik sebab nak pakcik kitorang yang dukung la, pastu cakap dia "pengen" bagai. Haaa. Gaji tu bukan je untuk dia buat kerja, tapi untuk compensate dengan perangai dia yang kita tak tau lagi cemana - saiko ke, sihat ke etc. Tu yang ramai je majikan yang hilang sabar dengan diorang ni pastu dera macam-macam. 

Ada jugak kes baru ni maid kelar dua orang anak majikan. Seram plis!! Indon ni takleh buat main, depan kita mmg pijak semut tak mampuih, solat pun tak pernah tinggal, siap tahajud bagai. Tapi bila kat belakang kita Tuhan je la yang tau. So kalau dapat yang betul-betul ok macam Bik Tari tu, sila sujud syukur. 

Nak cari orang local jadi maid lagi lah susah. Agak-agak ada ke bebudak muda yang datang dari kampung nak tinggal dengan kita, kerja kemas rumah jaga budak bagai? Baik diorang kerja McD ke Sephora ke, kerja lagi glamour, kat shopping mall lagi. Ingat lagi dulu-dulu masa umur 6 tahun, kitorang ada maid dari Kedah. Lupa lak nama akak tu. Tapi punya lah baik dan cekap buat kerja. Kalau la ada lagi orang kampung camtu, sila rekemen.

So mana nak dapat weekly maid nih?

No comments:

Post a Comment