Thursday, 12 June 2014

Ahlan Ya Khalifah Raja Iskandar Fateh =)

Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu dgn penuh debar (tapi dalam masa yang sama rilek jugak) selamatlah Raja Iskandar Fateh, our second prince lahir ke dunia pada hari Jumaat, 6 Jun 2014 bersamaan 7 Syaaban Hijrah. 

My gynae, masa first check up dulu siap perli, kenapa sampai 4 tahun baru nak jumpa balik? Hehe. Dah rezeki tertulis camtu acaner nak jawab tatau. So sengih je la hehe. Sebenarnya takut jugak nak pregnant balik sbb masa beranak kat Fahri dulu agak horror gak la experience tu.. 

So masa dah ujung check up dgn Doc Seri, dah cakap dah nak normal labour without epi, without enthonox etc. Kalau boleh nak natural birth, unless kalau dah emergency. Doc pun angguk n dia pun agree sbb dia ckp dia pun kesian tengok kita dulu.. mmg separuh mati dah gaya.

Pregnancy kali ni pun alhamdulillah smooth jgk lah, sakit belakang sana sini tu stended la sbb ahkak ni kurus kering nak menampung berat baby. Cuma yang merana masa kena warded masuk darah hari tula, pastu baru la terkial2 nak cari sana sini info nak bagi rilek sikit time beranak nanti. Masa tu dah tau sesikit pasal waterbirth, homebirth, pastu bila borak2 dgn Ayuni, dia introduced to this one closed group in FB - The Gentle Birthing Group Malaysia. Masa tu dah 36 weeks pregnant, dan2 tu la pegi cari buku Hypnobirthing n sempat tengok few clips on it. Siap kena deny entry kat Kino sebab nak bawak masuk ayaq haha.

From what I read, hypnobirthing ni kena amalkan utk kita rasa relax, trust our body, dan yakin yang baby akan keluar naturally dan tak perlu pun pakai segala aids or drugs to induce etc. What you need to do is to breathe the right way and to keep calm and compose during the whole labour process. Kalau nak tahu lebih kena la beli buku or ask around, or google je senang.Actually tak baca abis pun but I got the gist already - JUST KEEP CALM AND PUSH ON! <-- OMG i cant believe I said this - coming from a skeptical, negative-minded woman. Haha.


buku hypnobirthing, bole beli kat major bookstores

Here's the chronology of my 2nd delivery experience: 

Rabu, 28/5 
Dah ada bloody show, takde contraction. Darah keluar banyak jugak, dlm 3 hari. Bila tanya kawan2, ramai yang beranak dalam 1-2 hari lepas bloody show. Called hosp, diorg ckp takyah dtg kalau tak sakit. So I decided to stay home and wait for contraction.

Jumaat 6/6
5.40am
Tgh tido tetiba rasa air ketuban pecah meleleh2, terus pegi hosp. Masa tu panik gak lah, tapi try as much as possible utk tenangkan diri, sebab masa beranak kat Fahri tak merasa air ketuban pecah. Terdengar macam bunyi "pop" dalam tidur, last2 rasa basah, terus lari pi toilet. Sempat kejut hasben, ckp kat dia air dah pecah. Pastu kuar bilik air tgk dia sambung tido. EHHHHH nak kena ni haha. Dia lalok2 je sebelum tu.. pastu cepat2 la siap. Dalam kereta dah rasa contraction makin kuat dan makin kerap, tapi saya kept calm dan apply breathing technique. Nasib baik jalan tak jem, keluar rumah 630am lepas subuh, 7am dah sampai hospital. PJ dgn Prince Court tak berapa nak dekat sgt la kan.

7am
Hasben drop kat emergency dept, ada porter bawak naik wheelchair pegi labour room. Masa tu dah makin kerap sakitnya, nak gerak 4-5 langkah pun susah dah. Bila nurse check, bukaan dah 4cm. Nurse suruh husband pegi register admission kat lobby tapi mmg tak bagi la kan sbb dah rasa macam nak terberanak sesangat dah masa tu. Pastu bilik labour agak cerah masa tu, pastu masa tu teringat dlm buku hypnobirthing tu ckp yg kita boleh request apa2 yg kita suka kalau nak tenangkan diri. So masa tu request suruh nurse tutup lampu sbb rasa rimas semua lampu menyala. Nurse pun layankan je la 

730am
Rasa sakit sesangat, nurse suruh ambik gas kalau tak tahan tapi masa tu pun bukaan dah 8cm. Tak tau macam mana nak tahan lagi, mmg berpaut kat tangan suami dan ketuk2 je la katil besi hosp tu.. Masa tu doc tak sampai lagi, nurse cakap kalau tak sempat, diorg je kena sambut. Masa tu cakap kat baby, ok jgn kuar lagi la hehe.

745am
Alhamdulillah Doc sempat sampai, masa tu dah 10cm tapi kepala baby kat atas lagi. Taktau berapa kali push sbb short breath, so banyak kali terberenti tengah jalan. Masa push tu siap tutup muka dgn selimut sbb rimas lampu semua kena bukak balik hehe. Dengar nurse cakap "tengok la muka doc" pastu siap bole reply "tanak tanak tanak!" haha drama sgt!

7.59am
Alhamdulillah jam 7.59am, Raja Iskandar Fateh selamat dilahirkan lepas beberapa kali push with first degree tear, normal without epi or any other drugs. Nurse ada tanya kat hasben whether ahkak ada belajar hypnobirthing sebab nampak calm (walaupun ada jugak la terjerit2 sbb sakit sgt). Bila tanya kat hasben, ye ke calm? Dia ckp aah, calm je. Peh padahal taktau cemana dok tahan sakit tu. Tu pun sakit gak tekak sbb dok terjerit2 tahan teran.

Alhamdulillah syukur ya Allah semua dah selamat, taktau betapa takutnya rasa nak melalui proses nak beranak sejak first dpt tau kata pregnant. Fuhh. Macam tak percaya pun ada, that Im a mom of 2 boys!! Err boleh handle ke ni haha.

awat cam dah besaq hehe

fresh from oven!

awat cam anak jepung hehe

2nd day :)
burppp

F1 and F2 - Fahri on the left, Fateh on the right. Samaaaaaaa! Haha.
Insya Allah lepas ni nak share apa2 yang patut about pregnancy lagi :)

3 comments:

  1. Hahahaha tanak tanak tanak! Boleh tahannnn hahaha. Congrats again! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama mesti lebih kan hehe. Tq again :)

      Delete
  2. Tgk gambaq first tu weda pun pikiaq benda yg sama dgn caption tu hehe. Mmg mcm dah besaq. Congrats again Dell!

    ReplyDelete