Tuesday, 17 June 2014

Eczema kah?

Masa Fateh masih lagi kat hospital hari tu, dah perasan dah, badan dia banyak bintat-bintat merah, penuh satu badan, dan sgt obvious. Abang Fahri dulu masa lahir takde pulak macam tu, tapi dia banyak kulit kering dan cradle cap. Ambik masa jugak lah nak hilang kulit kering dia tu. Tapi kulit kering tak la membawa masalah sangat sebab mmg akan lambat laun hilang pun.

Tapi Fateh ni, bintat-bintat merah tu come and go, pastu siap belakang badan tu habis merah teruk. Taktau la nak kata dia alah dengan apa, bila tanya doc, doc kata tu biasa, tapi kat mata kitorang, macam luar biasa je kemerahan dia tu. Sempat gak la google2 pasal eczema, kebanyakan disebabkan oleh habuk, pemakanan ibu (breastfeed mmg kena jaga makan sbb pass ke baby semua makanan tu) dan sebagainya.

Eczema ni rasanya kalau severe mmg melekat sampai besar nanti, tapi dari kecik boleh cegah dan rawat sesikit. Tapi harap2 Fateh tak kena eczema lah, kesian nanti gegaru sakan. Maybe we should get a second opinion from other paed since paed dia kat pcmc kata tu ruam biasa. Mama dalam pantang pun pantang la kan, kena gak pergi check utk elak benda jadi lagi serius. Sekarang ni lumur je dulu dengan minyak kelapa dara, harap2 it will work wonders.

poor lil Fateh :(



No comments:

Post a Comment