Monday, 23 June 2014

Eurotrip - Amsterdam Homestay booked via AirBnB

Tahun ni kali kedua pegi vacation booked accommodation via Airbnb. The first time was last year, masa pegi Istanbul dgn mak n abah. Kalau sesiapa yang taktau, Airbnb ni konsep dia macam homestay, kalau kita ada rumah or bilik yang nak disewakan utk travellers, boleh register tempat kita kat website tu. How much we charge tu depends on kita nak letak berapa, tapi make sure charge tu masuk akal dan berbaloi utk org sewa. Kalau nak buat duit, mmg boleh sangat buat homestay pastu advertise kat Airbnb bagi org sewa - I know some local people already making money renting their house(s) via airbnb!

Berbalik kepada vacation hari tu, kitorang berlima, 3 adults & 2 kids pergi cecuti Europe - Hidd & anak dia Umar, Fahri & le hubby and me. Nak cerita pasal trip tu pun satu hal, kejap jadi kejap tak jadi last2 jadi terus, last minit decide. 

Kitorang kalau pergi London mesti lepak rumah Auntie Niman & Uncle Zainal. Ewah cakap macam dah pergi 10 kali je haha. Sebenarnya this year is my 4th visit to London dah, and hubby's 2nd trip to Europe. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi ni, tak pernah terpikir pun dulu nak pi situ sampai bebanyak kali. Apa yang best sgt tah haha. Kali ni kitorang decide nak pegi Amsterdam jugak sebab tak pernah sampai lagi situ, lagipun April hari tu dah musim bunga, boleh pegi Keukenhoff, the largest garden in the world. So route kali ni, KL-London-Belgium-Luxembourg (kensel last minit sbb fahri demam)-Amsterdam. So beli tiket flight KL-Lon, Ams-KL naik Etihad Airways.

Since kat London & Belgium kitorang lepak rumah orang, kat Amsterdam je kitorg kena book apartment sendiri. Bila dok research, agak susah nak dapat rumah yang decent utk kami berlima yang dekat dgn town kat Ams dgn harga murah, sbb kat sana semua mahal. Even hostel pun agak mahal jugak sbb kitorang nak duduk sekali semua orang sebilik. Dedulu takde anak lagi pi Paris bagai bole la nak dok hostel selamba badak main redah je. Kalau bawak bebudak n stroller ni macam tak berapa sesuai je rasa kalau dok hostel so kitorg decide utk stay kat apartment. Cari punya cari, dapatla satu apartment kat Utrecht. Bandar Utrecht ni agak jauh gak la dari Ams, macam Seremban-KL gitu la kot.

airbnb website
One thing I love about AirBnB ni ialah kita boleh pilih sama ada nak rent the whole house/apartment atau nak sewa bilik je. Kalau nak murah, sewa bilik lah. Tapi tak berapa gemar sangat duduk dgn tuan rumah sbb takde privacy nak jaga aurat bagai, so lagi suka sewa satu rumah terus. Ada satu website "Couchsurfing" - if im not mistaken, couchsurfing ni macam kita stay rumah dgn owner skali. One thing yang best kalau duduk dgn owner ni kita boleh borak dan tanya macam2 pasal negara dia, mingle2 gitu.

My experience booking with AirBnB was pleasant, kitorang stay apartment mamat nama Ralph. Journey dari Brussels ke Amsterdam tak lama sangat, tapi kitorg took our sweet time dan taknak rushing, alih2 dekat sehari suntuk gak la journey tu haha. Utk ke apartment tu, kitorang kena turun kat stesen ketapi Rotterdam ke kat mana ntah tak ingat, pastu naik intercity train direct ke Utrecht. Masa ni rasa macam explorace, sebab dah la nak cepat, pastu tak pernah sampai situ dan main agak2 je cemana nak pi rumah sewa tu. Sesampai je Utrecht, kena naik tram dlm 10 minit lagi. Cuma bila dah kat Utrecht tu dah senang dah sebab Ralph dah bagitau yang semua tram menghala ke arah rumah dia. 

We didnt get to see Ralph sbb dia away, tapi jiran dia tolong pass kunci kat kitorang. Sesampai tu blur gak lah sebab bangunan semua sama je rupa. Nasib baik dah save semua info awal2 kalau tak mau kejang kat luar apartment sbb tak dapat nak kontek mamat tu sbb time tu la phone nak buat hal takleh call takleh sms bagai. Ralph ni accommodating gila sebab kitorang tak kisah dapur dia tgh renovate, dia bagi special price walaupun kitorang datang 5 orang. Total 3 hari 2 malam cuma 168Euro (dlm RM700). Biasanya penetapan harga sewa ni bergantung kpd total guests jugak. Lagi ramai lagi mahal, sebab lagi murah sorang bayar kalau ikut per head. Logik la camtu.

Kitorang duduk kat sini kat Livingstonelaan, Utrecht
Kalau tengok gambar atas ni, boleh nampak tram track, memang dekat gila apartment ni dgn tram station - which is very convenient. Jalan dalam 5 minit dah sampai rumah. Apartment yang kitorg duduk tu kat tingkat 10, view cantik sebab boleh nampak one part of the city. Dah nama pun dok tingkat 10, angin yang datang tu toksah cite la sejuk nak mampuih, sampai menggigit tulang selangka semua. Dlm phone tgk weather apps tu tulis 8c but feels like 1c or something like that. Mau tak ketaq dagu. Meraba jugak la memula sampai kat situ sebab tak familiar dan sampai pun dah kul 9 malam, dah nak gelap. Dengan tolak 2 stroller dan bawak budak2 yang dah cranky, mencabar gak lah keimanan dan kesabaran tapi kami redah jua haha.

Night view from the kitchen
Gambar atas ni pulak pemandangan yang kitorang first nampak masa sampai kul 9pm tu, kul 9 pun cerah lagi macam Maghrib. Satu yang best pasal negara orang ni, bila malam mmg senyap sunyi, sbb diorang respect privacy memasing nak berehat dgn family. Walaupun ada budak kecik, tapi mmg tak dengar pun suara. Takde pun orang melalak2 tengah jalan ke apa, aman tenteram & bersih gilaaaa negara depa dan sangat teratur segala benda. By far Amsterdam is one of the cleanest European cities I've been.

hipster baq ang!
Rumah yang kitorang duduk ni ada 2 bilik je. Masa kitorang pegi tu, dapur dia tengah renovate so tak boleh nak masak. Macam la nak masak sgt pun kan. Tu pun kira ok sangat dah sebab janji ada bilik n katil yg comfy boleh lena. Tapi yang paling win ialah hall arrangement apartment tu yang ala2 hipster. Rasa macam balik ke zaman 70an je hehe.  Kitorang tak melepak sangat pun kat hall sebab banyak habis masa jalan2 town lagi dari duduk rumah.

nak tingkap bebesar alam camni pls!
Salah satu benda yang best apartment mat saleh ni ialah tingkap depa yang maha luas dan besar - so rumah jadi cerah gila, sbb cahaya banyak masuk. Kalau amik gambar sure cantik je sebab terang. Boleh tak tu yang aku pikir. Disebabkan rumah ni takde TV, terpaksa la bebudak dgn bapak budak sorang tu main ketuk2 piano putih, satu2 nya entertainment yang ada kat situ hehe.

abaikan katil yang bersepah ittew
Bilik yang kitorg duduk ni pakai tilam air/waterbed. Sebenarnya sakit gak lah belakang sbb tgh pregnant 7 bulan masa ni, tak berapa sesuai baring atas tilam yang tak rata. Masa ni sejuk gila, tapi yg bestnya tilam ni ada heater so memalam tido tak sejuk sangat la. 

All in all, my second experience with AirBnB was awesome - cumanya kalau la ada peluang nak pegi Amsterdam lagi, nak duduk area yang lagi dekat dgn town - either Amsterdam Central or Amstelveen. Kalau tanya mat saleh, bagi diorang semua area dekat sbb diorang mmg rely on public transportation utk ke mana-mana. Kalau yang kat central tu lagi lah, naik beskal je uols. 

Ada few people yang tanya ahkak, bese dok hotel apa kalau travel. Err kalau mampu, dah duk dah hotel. Tapi kita ni budget traveller, so duduk tempat pun mmg seboleh2 nak yang bajet jer la. Janji selesa dan kita enjoy the trip, takdelah nak lavish2. Yang bestnya airbmb ni kita boleh contact owner rumah tu sebelum & selepas book utk further arrangement dan harga pun kita boleh pilih, dari semahal2 sampai la semurah2 rumah/bilik, ikut bajet kita dan lokasi yang kita pilih. So rasa macam lagi personalised kat situ.

Insya Allah kalau ada nak pi memana lagi boleh la book pakai airbnb lagi. :D Tapi kalau sapa yang teringin nak fefeeling hipster, bole la sewa rumah ni: https://www.airbnb.com/rooms/2235186

No comments:

Post a Comment