Friday, 13 June 2014

Tips Mudah Bersalin - Sila telan Virgin Coconut Oil

Time awal2 pregnant dulu, to be honest, rasa macam tak terbukak hati nak check dan amalkan bebetul segala ubat2 utk baby, utk mak baby dan tak tergerak pun hati nak cari info lebih ttg extra supplement (selain dari ubat yang doc bagi). Sampaila kena masuk darah 2 minggu before bersalin dulu, baru la tergerak hati (padahal menggelabah) nak check apa yg kena consume nak bagi mudah bersalin, natural induce dan yang sewaktu dengannya. (terus rasa im a bad mom tsk!)

Masa pegi visit Ernie & her newborn baby hari tu, I was 35 weeks pregnant. Sebelum jumpa dia tu ada baca ttg minyak kelapa dara & raspberry tea leaf. Tengok2 kita yang pi visit dia, dia yang bagi minyak kelapa dara dgn RTL dia pulak. Tapi bagai pucuk dicita ulam mendatangla, sebab mmg plan nak cari dua benda tu pun. Thank you Ernieeee! Minyak kelapa dara ni ada byk kebaikan, dan ada banyak jugak brand di pasaran. Baik mat saleh punya, tak pun yang local punya pun banyak. Ye lah pokok kelapa kan banyak je kat sini. Lepas VCO ernie bagi dah abis, iols pun pi beli vco lain.. brand Rainforest Herbs, Malaysian made. kat farmasi memana pun ada je jual rasanya.



Bila dok check2, banyak testimonial ckp yg MKD or better know as VCO (virgin coconut oil, kang ingat ayaq VICO tu pulak hehe) berkesan utk mempercepatkan proses nak beranak tu. Ahkak yang naive dan sentiasa skeptical ni pun rasa kena percaya, dan tawakal dgn testimonial tu dan tunggu & lihat sejauh mana kebenarannya. Dan alhamdulillah, rasanya disebabkan iols consume vco ni la salah satu sebab proses beranak hari tu amik masa 2 jam jer.

Masa pas beranak tu terkejut gila tengok Fateh sebab badan dia putih2 merah & sgt gebu! Rasa macam nak tenyeh2 mata sbb macam tak percaya tu anak kita haha over sgt! Ye la, mak dia gelap ja. Pastu bila tengok gambar balik, kulit dia mcm mulus semacam, dan takde pun kulit mengelupas macam abang dia dulu. Masa pregnant kat Fahri mmg tak telan apa pun selain ubat yang doc bagi, tu pun skip2 gak. Hari ni umur Fateh dah seminggu, rambut dia still macam berkilat2 as if macam ada orang pakaikan minyak rambut. Rasanya rambut dia tu la yang paling obvious efek VCO tu.. n kulit dia pun macam ada moisturiser. Serius tak tipu.

tgk pipi dia yg gebu tu, rasanya tu efek vco :D
Lately pun banyak je iklan kat FB dok promote VCO siap tulih "takut nak beranak?" "sakit nak bersalin?". Hampeh. Mmg kena kat batang hidung. Siap ada satu testi tu ckp dia beranak anak dia 4kg, takde tear sbb dia consume VCO. Kagum gak lah anak 4kg takde tear. Maybe saiz badan dia besar sama kot? Ahkak anak kuar 3.2kg ada tear, both Fahri & Fateh. Dulu tak pasan lak ada iklan2 vco ni sangat, hmm sama ada skrg ramai org dah sedar ttg kebaikan VCO ni takpun aku yang ketinggalan shinkansen.

Bila google2 lagi, VCO ni bukan org nak beranak je elok telan, yang tak beranak, yang dah beranak pun boleh telan, baik laki n pompuan. Rasanya kalau ikut ranking peribody, madu is always the best natural remedy, then comes VCO la kot? VCO gak org dok letak kat perut sbb nak elak stretchmarks, tapi dah too late for me sbb dah huduh mcm apa dah stretchmarks baru terhegeh2 nak letak. Masa fahri dulu takde pon stretchmarks. Mebi faktor penuaan gak la kot. Tskk!! Btw kat bawah ni ada cedok dari blog org skit ttg kebaikan vco :p

Kebaikan VCO
1.  Minyak kelapa mengandungi asid laurik, satu jenis asid lemak yang mempunyai ciri antimikrob yang kuat, yang melindungi sistem imun janin dan bayi yang baru lahir. Ibu-ibu mengandung boleh menelan beberapa sudu sehari untuk meningkatkan fungsi imun mereka.
2.  Menambah beberapa sudu minyak kelapa ke bathwater untuk menambahkan kelembapan kepada kulit anda. Beberapa titik minyak pati lavender juga akan membuatkan anda tenang dan relax.
3. Sapukan minyak pada kulit anda untuk mengelakkan stretchmarks dan kulit gatal yang berkaitan dengan perut yang semakin membesar
4.  Ambil satu sudu penuh untuk membantu mengurangkan pedih ulu hati, refluks asid atau senak.
5.  Campur dengan setitik minyak lavender untuk menenangkan buasir yang disebabkan oleh kehamilan.
6.  Minyak kelapa dara menyeimbangkan gula dalam darah dan mengawal kencing manis serta mengawal morning sickness
7. Campurkan ke dalam teh herba kegemaran anda
8.. Apabila digunakan untuk perineum pada minggu-minggu terakhir kelahiran, ia boleh membantu mengurangkan koyakan dan keperluan untuk episiotomi semasa kelahiran.
9. Untuk bayi yang baru lahir, minyak kelapa membantu membuang meconium melekit dari bawah bayi bila disapukan semasa penukaran lampin
10. Minyak kelapa adalah minyak yang sesuai dan sempurna untuk membuang cradle cap degil pada bayi.
11.  Ibu-ibu menyusu boleh menggunakannya di puting mereka, yang boleh menjadi luka dan sakit semasa menyusu.
12. Pengambilan minyak kelapa boleh meningkatkan aliran susu anda.
13. Sapukan minyak pada ruam lampin bayi anda. ia sangat baik untuk ruam.
14. tambahkan minyak kelapa ke dalam baby food
15. semasa bayi sakit, boleh di buat homemade vapor rub.
16.  Perlukan tenaga selepas kerja keras menjaga bayi? Makan untuk meningkatkan tenaga semula jadi.
17.  Minyak kelapa diambil secara dalaman dan luaran boleh membantu merawat yis yang menyebabkan thrush dan candida.
18. Mengurangkan sakit kepala dan migraine.
19. Jika anda atau anak anda mempunyai ekzema, sapu minyak kelapa pada kulit.
20. Ambil satu sudu minyak kelapa 20 minit sebelum makan untuk membantu membendung rasa lapar
21. Minyak kelapa boleh dijadikan sebagai perapi rambut yg bagus yang boleh mengurangkan rambut kering/gugur.

Ha banyak tak banyak la kan benefit vco ni. Sekarang ni luka episiotomy dok ada lagi, once dah baik nak start consume vco balik hari2. Tapi ada turutan pengambilan dia dgn madu.. boleh la cuba nanti. Sebenarnya dah lama pun terpikir nak telan olive oil utk bagi kulit cantek (cantek kewww?) so bole la cuba vco sbb ada sebotol besaq kat dapoq tu. Turutan pengambilan vco + madu mcm kat bwh ni (cedok dari blog org gak)

1) Bangun tidur terus minum air suam lebih kurang 600ml atau lebih dan baca:
            “Ya Allah Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat, rezki yang luas dan ubat dari segala penyakit”
2) Lepas minum air tadi , telan satu sudu minyak zaitun kemudian 2 sudu pati delima
3) Ambil segelas air suam, masukkan 1 sudu madu,1 sudu kecik minyak habbatussauda, vco dan beberapa helai za’faran, biar perut berehat selama sejam dua sebelum breakfast.

ha amik kau, telan ayaq, madu, vco, olive oil tiap2 pagi. kalau tak cantik gak taktau lah. Vco ni bkn bleh telan camtu je, nak ganti jadi minyak masak pun bole cuma sanggup tak sanggup je la sbb mahal khennn. VCO boleh dibeli kat memana farmasi, kat tesco bagai pun ada je rasanya, tak pernah check pulak. Kalau malas sesangat, beli je online, coz thats what I do best hehe. Boleh beli kat sini http://www.rainforestherbs.com/virgin-coconut-oil.html. So since skrg dah tau kebaikan vco ni, maybe 3rd pregnancy boleh amalkan awal2 lagi. EHHHHHH?

3 comments:

  1. Salam.. saya share link blog Puan kat fb saya ye... untuk info customer2 saya tentang kebaikan vco :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, sure, whats your FB page? boleh saya tgk nanti :)

      Delete
  2. Wife saya pun baru start minum minyak kelapa dara bila kandungan 30 minggu. Harap-harap mudahlah bersalin normal untuk 1st baby kami.

    ReplyDelete