Sunday, 1 June 2014

Warded

Seumur hidup, selain beranak, sekali je pernah masuk wad, masa buang cyst in 2009 dulu. Kecik-kecik dulu pernah kena jahit kat kepala, jatuh basikal sbb langgar motor. Bukan motor yang langgar ok, aku yang langgar motor haha. Tak perasan masa tu brek basikal tu tak makan, kemain bawak lelaju dalam kampung, pastu dah jalan sempit, pastu ada rombongan cik kiah segerombolan yang datang dari arah depan dgn motor seketul. So bila dah tak boleh brek, last2 decide langgar motor instead of langgar makcik2 tu. Hero sangat, kepala berdarah n terus kena pegi hospital. Sempatla drama dalam kete masa tu, ckp kat mak, dah nak mati ke ni mak. Padahal jahit 2 jarum je lubang kat kepala. Ceh.

Last week, lepas check up minggu ke 36, Doc suruh masuk wad untuk tambah darah sebab hemoglobin makin lama makin kurang. Masa tu memang tak terbayang cemana keadaan tambah darah tu, dok bayang macam cucuk masuk air je la kot. So hari Rabu 21/5, macam biasa pegi klcc naik lrt, pastu naik teksi, dan pergi menyerah diri kat hospital.

Pukul 8pm camtu nurse datang, bawak jarum yang maha besar sbb nak cucuk masuk vein. Disebabkan tangan kiri ada haemangioma, terpaksa cucuk tangan kanan. Dan bila cucuk tangan kanan tu, kena cucuk dekat dgn sendi, taktau pasaipa. Masa cucuk tu punyalah sakitttttt nak menitik air mata sebab rasanya tershort sekali kat one of the veins sbb ada satu vein yg connect ke jari tu macam sakit gila sekali tak pepasal. Dapat rasa vein tu macam burst or something, tak reti nak explain. Tapi masa tu tak masuk darah lagi, baru masukkan tube (canulla).

nampak tak kebesaran tube/canulla tu??
Pukul 9pm, nurse datang bawak 1 pint darah. Masa darah masuk tu Masya Allah bertambah-tambah sakit! Taktau la sama ada aku ni mmg low pain tolerance tak pun mmg sakit dia macam tu agaknya. Nurse cakap memang akan sakit sikit, sebab darah yang masuk tu pekat. Merana gila 4 jam dok tunggu 1 pint darah masuk, sampai la pukul 1 lebih. Sah-sah tak boleh tido sebab sakit sangat, cemana nak tidoq? Ada time memang terasa pedih gila, ada time dia ok. Tapi bila time pedih tu, mmg tak boleh buat apa, boleh sapu2 je la, tu pun tak membantu sangat. Tskk. Dan time tu jugak la hak sakit belakang bagai, siap mintak heat pack kat nurse sbb sakit sangat sebelah badan. (nurse sure malas nak layan sbb banyak songeh haha)

Pukul 2am, nurse datang bawak lagi satu pint. Doc mmg advise suruh masuk 2 pint, tp masa borak2 tu suka hati je aku tanya tanak masukkan platlet sekali ke, dah alang2 platlet aku kurang. haha. 1 pint pun rasa mcm dah nak mampuih ada hati nak masuk berpint2. So masa pint kedua tu, baru masuk dalam 1/4 pint, tetiba badan shiver teruk. Aku pun panggil nurse, diorg tengok sendiri aku dah shiver macam hapa. Ingatkan tetiba aircond sejuk, tapi bila diorang check temp, rupanya demam 37.9c. Mak aih sampai demam! Terus diorang stop bagi darah. Lepas tu baru la aku tergerak hati nak google apa side efx blood transfusion - shiver is one of them. Sigh..

time ni tgh menahan sakit tskk
Esoknya doc datang buat round, dia cakap kena stop darah sebab aku ada reaction. So there's nothing much she can do but to increase sangobion (ubat tambah darah) intake dari sebijik ke 2 bijik sehari. Nasib baik ubat tu boleh je nak telan, ada org tak boleh sebab rasa dia pelik, dan ada yang nausea terus. Kalau ubat kapsul mmg aku boleh je telan. Kalau tablet payah sikit la.

Sepanjang2 kat wad tu, taktau la berapa puluh kali tah tangan belah kiri kena ambik darah, sampai hari ni ada lagi bekas lebam tu. Pastu siap kena cucuk bontot 2 kali, doc kata ubat utk bagi peparu baby kuat in case beranak awal. Sungguh la tak funny ubat tu, sakit nak mampus. Bila cakap dgn nurse, diorg pun ckp mmg sakit ubat tu, sbb diorg pun pernah kena haha. Apparently ubat yg diorg cucuk tu mcm likat n licin sikit, so bila masuk tu sah2 la sakit. Yela dah nama pun cucuk, kalau tak sakit tak cucuk la namanya tu.

Finally doc bagi discharge hari Jumaat tengahari. Itu pun dah maha sangap dah. Tapi di sebalik kesakitan ada nikmatnya - doc bagi cuti sampai 5 Jun (the next date for check up). Tapi yang tak bestnya, even dah lepas seminggu pun masih terasa lagi sakit kat tempat kena cucuk tu, dan urat yang rasa mcm dah pecah tu. Harap2 boleh baik sendiri la lepas ni.

Dan hari ni, 1st June, hari terakhir utk minggu ke 37 pregnancy, takde lagi tanda nak beranak kecuali tumpah darah 28/5 pukul 3am hari tu. Kali ni first time experience "bloody show", sbb masa Fahri dulu terus induce je. Disebabkan kali ni aku insist sgt nak deliver without induce, so terpaksa tunggu je la. Semalam pulak hosp call ckp doc nak cepatkan tarikh check up 2 hari, saspen gak ni. Harap2 takde la benda tak elok ke apa.. Baby.. bila awak nak kuaq ni? Saspen sungguh hehe.


No comments:

Post a Comment