Tuesday, 15 July 2014

Eczema Fateh dah baik :D

Lamanya tak update blog, nampak sangat busy melayan 2 anak. Eceh. Ni baru 2, belum 10. Tapi orang kata kalau anak ramai, anak-anak yang tua akan tolong jaga yang kecik2 tu. So bole la beranak lagi camni. Eh. Hehe.

Sebenarnya last few days/weeks agak kalut sebab umur Fateh dah 3-4 minggu tapi jaundice dia macam kuat lagi. Pastu yang bestnya, tak pi check kat hospital pun. Bila dah sedar Fateh kira masuk dalam kategori prolonged jaundice, baru la kalut nak buat memacam sbb takut jadi penyakit lain. Ok simpan cerita jaundice hari lain jap. Hari ni nak cerita pasal kulit pipi Fateh yang tetiba hari tu naik merah2 tebal.

Masa umur Fateh 2 minggu camtu, kulit dia bersih suci murni jer. Pastu taktau cemana, tetiba je pipi dia naik merah-merah tebal gila, tapi rasanya dia tak gatal. Cuma kita tengok kesian la sebab merimaskan sangat. Cuba kalau kita yang kena camtu kan, tak ke rimas. Orang kata kalau pipi baby naik merah tu tanda baby alah susu ibu. Tapi pelik gak sebab takkan 2 minggu baru nak naik? Pastu mungkin ada kaitan dengan pemakanan ibu - bila trace balik, ada dok minum susu kambing sbb tu salah satu cara nak kurangkan jaundice baby. Pastu ada jugak la langgar pantang larang pi makan kuih tat nenas beberapa ketul. Hehe cant help it! Sapa suruh beranak time posa2 ni kan.

Poor boy :(
Last week masa pegi check up Fateh, paed dia macam acuh tak acuh je tengok muka dia. Pelik tul lah. Bila tanya dia, dia kata biasalah baby camtu, nanti dia hilang sendiri. Ewah kalau jawab camtu baik tak payah jadi paed. At least bagi la cadangan bernas dan munasabah munasarawak ke apa, ni mcm malas je nak layan. Actually masa Fateh baru lahir muka dia ada merah2 sikit, masa tu dah tanya doc, dia kata normal baby ada merah2 camtu. Masa tu rasa logik gak la sbb maybe kulit baby nak adapt dgn new environment. Tapi ni baby dah sebulan pastu muka dah menggerutu dia lagi nak rilek.

Rasa bersalah and kesian kat Fateh sebab mama makan ntah pape pastu dia yang kena tanggung. Abis muka dia sampai ke kening naik merah2 bagai. Jenuh jugak la dok google sana sini cara-cara nak bagi ilang ruam muka, last2 bila post gambar atas ni kat FB, ramai la yang bagi cadangan:
  • Letak susu ibu balik (tak yakin sbb takut jadi lagi teruk)
  • Sapu ezzera cream 
  • Tepek tepung ubi campur dgn air 
  • Sapu cream sensei
  • Pakai sabun sebamed (tak yakin nak letak kat muka baby)
  • Letak steroid-based cream - baru je tau kalau krim tu ada steroid nama kat belakang ada -ort camtu. Tanakla sampai kena letak steroid lak kat muka baby.
  • Pepagi before mandi mama kena letak air liur mama kat pipi (tak buat pun ni)
So dalam bebanyak cadangan ni, ada satu dua je yang cuba. Macam biasalah, tak semua cara/ubat tu sesuai dengan baby, kena try and error la. Disebabkan tak berapa berminat dengan ubat-ubat berkimia ni, so kita try dengan natural resources:
  • Letak tepung ubi campur dengan air
  • Tepek sikit2 minyak kelapa dara kat pipi & badan (dah jadi ritual dah)
  • Lepas breastfeed, lalukan air kat pipi pastu lap dengan towel kering 
Alhamdulillah lepas dua hari mmg nampak keberkesanannya. Kulit yang merah2 tu terus kering n tanggal dengan sendirinya. Sekarang Fateh dah 40 hari, tengok muka dia pun dah beransur pulih. Wah gitu ayat. Tinggal kulit kering je mama dok geram tengok rasa macam nak kikis n cabut hehe.

kulit kering tu rasa macam nak cabutttt je sesatu!

No comments:

Post a Comment