Friday, 15 August 2014

Petua hilangkan demam kuning

Demam kuning / jaundice bukanlah perkara yang luar biasa dan jarang terjadi, terutama di kalangan bayi asia. pernah terbaca somewhere yang asian babies lagi mudah kena jaundice dari baby mat saleh, taktau pasaipa.

Masa fahri dulu, dia kena demam kuning jugak, tapi tak lama, dalam seminggu macam tu dah hilang rasanya. masa tu memang ambik mudah bab tu sebab tak severe. tapi masa fateh baru ni, demam kuning dia agak tinggi, dah lama, sampai tahap prolonged jaundice. Masa tu kalut cari kawan2 yang kerja doktor and especially paeds, tanya pendapatan memasing. Biasanya kita takleh rely on one person's opinion je, kena cari gak 2nd opinion, just in case. Lepas kumpul semua facts and opinions, baru kita decide utk proceed dengan langkah seterusnya

Fateh keluar hospital masa hari kelima, sebab the first 3 days tu dia tak berak2. bab tu kena cerita lain kali la kot. hari kelima masa nak keluar tu, paed tanya nak stay ke nak duduk hosp dok bawah lampu UV tu. opkos la nak keluar kan, tak koser dah dok spital lelama. so masa tu rasanya reading jaundice dia tak kuat sangat sebab tu doc bagi option utk balik rumah. so sepanjang2 dok rumah tu tak hirau sangat demam kuning dia sbb confident gila kalau breastfeed mmg akan hilang cepat. bila dah masuk hari ke-30 tu baru la nak menggelabah sbb dah due nak check dgn doc.

Bila baca2 baru tau rupanya ada 3 jenis jaundice:

1. Jaundice Normal/Physiologic
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundice. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundice akan hilang.

2. Jaundice Pathologic 
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.

3. Jaundice Susu Ibu 
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundice. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

So obviouslah bahawa si Fateh terkena Jaundice no. 3 tu - susu ibu. Bila hari ke-30 tu bawak Fateh pegi check darah kat KJMC, jumpa paed nama Dr Syed. Dr Syed ni glemer la jugak di kalangan paeds, org kata dia bagus bila. So bila pi jumpa dia tu kena la marah setepek kejap sebab sebelum tu tak bother pun nak bawak check berapa reading kuning baby. Hehe. Masa kena sound tu rasa macam ehh aku ni mcm ibu tak berguna je. cis. Reading Fateh masa tu dalam 160 camtu, which kurang 30 dari memula check masa dia lahir aritu. Dr Syed suruh datang balik in a weeks time tapi dah cakap kat dia yang Fateh dah due for 1 month check up the next week tu, so dia angguk je. Pastu dia suruh mix susu dengan susu formula, which im trying hard to avoid now, sebab tanak pisang berbuah dua kali. Dulu masa Fahri awal2 dah mix, so sempat BF exclusively for 3 weeks je, pastu minggu keempat dah mix. Masuk ofis je balik terus abis dah susu.

Dalam masa few days, ada try beberapa kaedah nak kurangkan jaundice baby:

1. Minum air kundur
- boleh beli sepeket dua kat hypermarket. cuci2 dulu, pastu rebus. sukatan air ikut sukati. Aritu beli gula kundur, taktau la boleh baik ke tak haha.

gula kundur
Ada gak mengelat sikit sbb beli air tin buah kundur haha. Kalau boleh jangan la minum air tin ni yer. Sila beli buah kundur pastu rebus.


2. Air rebusan bunga sensei 
- taktau apa nama bunga tu, ada sebut serbuk mutiara. tapi yang hasben beli ni bukan serbuk tapi bunga. Kalau pegi kedai sensei tu ckp je nak beli ubat utk ubat kuning, diorang tau punya.. and most kedai sensei ada jual. Bunga tu warna oren, kena rebus pastu mandikan baby dgn air rebusan tu suam2. Rasanya teknik ni buat 2-3 kali pastu berkesan jugak la utk Fateh.

3. Air water chestnut (sengkuang cina)
- Beli waterchestnut, kat giant pun ada je. Rebus dan minum. Tapi utk ibu yang rajin mengelat macam iols boleh la beli air tin water chestnut je, minum selang2 sehari dengan air kundur. Kalau nak ikutkan tak berapa digalakkan sebab air tin banyak gula dan preservatives, dan matlamat tak menghalalkan cara, tapi tawakal je la. Sedap pun air tu ;p


4. Susu Kambing  
- Minum sepeket dua susu HiGoat, pastu rasanya Fateh tak sesuai dgn susu ni sbb terus naik merah2 badan dgn melepuh2 kulit kat pipi. Bila beli nubian milk goat pun macam tak ok sbb susu kambing panas dan Fateh mcm tak bole accept pulak. Bila stop baru hilang merah2 kat badan dia tu. So kena try tengok kesesuaian dulu.




5. Anggur hitam 
- Amik anggur hitam yg kecik2 tu, perah sampai keluar air pastu bagi baby minum. Yang ni pun tak berapa nak berkesan utk Fateh. Banyak kali try, tapi takde efek.

6. Jemur baby 
- jemur waktu dhuha dalam kul 8-930 camtu, kang jemur pukul 10 ke atas jadi gelap pulak baby. Yang ni tak berapa try sangat sbb manjang dok terbabas time tu. Tapi jemur waktu dhuha tu waktu terbaik sebab matahari tak panas lagi. Masa jemur tutup la mata baby tu dgn kain ke apa ke, kesian budak tu nanti.

7. Kurma 
- Khasiat kurma mmg banyak, selain bagi tenaga utk ibu dalam pantang, kurma jugak elok utk ibu yang menyusu utk tambah susu. Tak pasti samada kurma boleh bagi baik jaundice, tapi saya memang percaya kebaikan kurma boleh atasi memacam penyakit, termasukla jaundice.

Masa hari check up sebulan Fateh tu, kitorang bawak dia pi jumpa Dr Choy kat PCMC, paed yg di-assigned utk dia lepas beranak aritu. Taktau apa tak kena, masa tu Dr Choy macam nak cepat sbb masa tu dah pukul 2 dan dia patut ada kat SJMC dah by then. Biasanya doktor2 pakar ni mmg assigned kat dua tiga spital. So masa tu rasanya badan dia je kat PCMC, kepala dia dah kat SJMC, sebab bila tanya dia macam jawab nak taknak je. Dah tunjuk kat dia result blood test Fateh yg buat kat KJMC tu, pastu Dr Choy macam tak komen apa2. Dia macam tak risau langsung. Dia cakap kalau baby berak keluar warna cream je patut risau. So bila dengar dia cakap camtu, kitorang pun tak menggelupur dah la. Cuma geram sebab layanan tak seberapa walaupun kitorang terpaksa tunggu 2 jam nak jumpa dia. Grrr.

Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan try n error dengan macam2 cara di atas, lepas 5 minggu camtu Fateh dah baik dari jaundice. Agak lama jugak la 5 minggu tu, tapi bila tanya kawan2, anak2 diorang ada yang jaundice sampai 2 bulan pun ada. Mencabar jugak la sebab tak pernah experience masa Fahri dulu. Apa2 pun kena usaha, doa dan tawakal..

8 comments:

  1. Anak I pun tgh jaundice ni Dell...harap2 la tak melarat. Tengah cuba macam2...thanks for ur tips too, memang I baca byk kali dah ni..heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. babe dah nak setahun! i baru perasan i tak reply your comment here lol ;p

      Delete
  2. masalh jaundis nie mmg masalah biasa untuk bayi baru lahir..sebelum bersalin pun dah risau..macam mane la kalau anak kuning lagi..untuk anak ketiga sya cube mnm susu kambing sbb org cakap boleh cegah jaundis..tapi anak ketiga pun kena jaundis jugak..huhu..takpela..dah usaah kan..

    Anak sulong saya kena jaundis agak tinggi 374..mmg menakutkan..risau..macam2 petua saya cuba..sampaila satu hari jumpe dengan seorang abg tu kat hospital..die citer anak jaundis sampai 400+..doktor cakap kena buat blood transfusion..tapi die taknak..die ikhtiar dengan air anggur hitam je..so apa lagi..kitorg trs beli anggur hitam..alhamdulillah..level die mmg turun mendadak..

    untuk kanak ketiga pulak late onset jaundis..umur 2 minggu level 183..saya bagi anggur hitam jugak..tapi macam tak berapa berkesan je..tapi anak yang ketiga nie tak macam yg sulung..tidur je memanjang..yg nie ok je..aktif..kalo tidur pun setiap 1-2 jam die akan bgn minum susu..tu yg saya tak berapa risau..at last stop bagi anggur hitam..saya bagi seminggu..lepas tu continue dengan breastfeed je..alfalfa sy mmg am,bil sbg milkbooster..semoga semuanya ok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Zarida for your sharing, mmg macam2 pun try dulu, lepas satu2 kita cuba. 5 minggu baru ok, tapi sampai skrg pun nampak kuning2 skit tp tak seteruk dulu.

      Delete
  3. ~ Rungsing dengan masalah demam kuning si comel? ~
    ~ Tidak mahu mengambil risiko melalui rawatan pemakanan? ~
    ~ Kini dengan hanya mandian Nuraz, si comel kembali cergas~
    ~ baby cergas, baby sihat dia pakai Nuraz~
    ~pm@whatsapp segera ke 018-3198939~
    ~ 100% diformulasikan daripada herba-herba tempatan serta doa & selawat~
    ~ Terbukti keberkesanannya dengan izin Allah~

    utk keterangan lanjut

    https://www.facebook.com/NURAZ-Mandian-Penawar-DEMAM-Kuning-709466345854773

    ReplyDelete
  4. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Demam Kuning Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana berkongsi informasi.

    Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana berkongsi informasi.

    Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat

    ReplyDelete