Tuesday, 7 October 2014

Bisnes bukan untuk semua.

Seronok sebenarnya tengok ramai orang berjaya dalam berbisnes. Tapi, bisnes ni bukanlah untuk semua orang, walaupun Rasulullah s.a.w sendiri menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).

Pada mata kasar, kita tengok bisnes ni senang, sebab kita hanya lihat seseorang tu bila dia dah di atas jer dan kita tak tengok pun macam mana dan apa yang orang tu buat sampai dia berjaya. Kita tak tau pun macam mana susahnya hidup orang tu dan berapa lama dia usaha sebelum dia berjaya. Nak berjaya dalam perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, dan tidaklah sesenang yang disangka/dilihat. Takde short-cut kalau nak berjaya, tak kisahlah berniaga sendiri or kerja dengan orang. Kalau kita selidik dan kaji balik, rata-rata businessman yang berjaya sekarang pernah melalui fasa hidup yang susah. Saya ambil contoh founder D'Herbs, bila tengok short videoclip dia, dia pernah berniaga secara kecil-kecilan kat pasar malam, dia pegi bank nak bentang proposal pun kena reject, tengok kat mana dia sekarang. Berkat hasil usaha dia (walaupun iklan dia sumpah annoying), dia berjaya dah sekarang.

Dalam perniagaan juga kita tak boleh kedekut, tak boleh berkira, menipu apa tah lagi, kang makan duit haram. Kalau nak sustain dalam perniagaan tu, kita kena la buat atas dasar betul-betul minat. Bukan buat sebab nak jump on the bandwagon bak kata orang jawa. Dan nak dapat trust pembeli pun bukanlah sesuatu yang mudah, kita kena yakin dengan product kita, kalau kita sendiri pun tak yakin, macam mana kita nak yakinkan kat orang produk kita tu bagus? Satu lagi, kena rajin marketkan product kita. Contoh macam jual jubah. Cuba tengok kat internet skarang ni, berapa ribu kedai jual jubah/pakaian wanita. Tengok macam mana satu2 kedai tu pasarkan barang2 diorang, cara diorg marketing. Kalau muka tak tebal, tulang kederat tak larat, masa tak banyak, banyak alasan dari perbuatan, lupakan je lah. Memang payah nak sustain. Alih-alih bisnes tutup macam tu je (cakap dengan sendiri gak ni). 

Bab tak kedekut dalam berniaga ni saya nak petik Karl si suami BellaAmmara tu. Karl ni sangatlah pemurah dari segi ilmu, dia tak rahsiakan pun kat mana diorang beli kain, dia ada ajar lagi cara-cara nak marketkan barang kat dalam FB secara percuma. Dan tengok lah kat mana diorang sekarang. Dah pergi jauh, mencanak-canak dah berkembang bisnes dia. Dari satu kedai sekarang dah ada dua tiga kedai/bisnes lain dah dalam masa 2 tahun. Seronok tengok anak Melayu maju macam ni. Sepatutnya kita yang baru nak berjinak dalam bisnes ni jadikan Karl & Bella sebagai idola.

Kesimpulannya, banyak benda yang kena diambil kira sebelum kita nak mula berniaga, nak2 zaman sekarang ni segala benda makin mahal, yang kerja sepenuh masa pun nak cari pendapatan sampingan dengan berniaga, dan ada yang kerja fulltime tapi berbisnes part time sebab nak berenti kerja nak dok rumah jaga anak bagai. Masing-masing punya alasan dan hala tuju hidup sendiri. Yang penting kita kena yakin, usaha, tawakal dan redha, dan banyakkan memberi dari menerima. Insya Allah, Allah bantu kita.

No comments:

Post a Comment