Monday, 15 December 2014

Bisul baby

Memanglah orang kata bila ada anak ni, macam-macam kita kena hadap, macam-macam kita belajar. Betulla kan ayat belajar dari pengalaman, sebab kalau tak lalui, takdela belajar macam2. Sepanjang Fateh lahir, banyak jugak kitorang dah belajar. Prolonged jaundice la, eczema la, now bisul pulak.

Fateh bebaru ni lepas jari kena cagu, belakang kepala dia pulak kena bisul. Banyak kali jugak la pi bawak jumpa paed, dari sekecik2 bisul sampai la bisul tu hampir pecah. Bukan takat paed jer, siap bawak pi ambik ubat sensei n homeopathy, sebab tak berani nak bagi ubat sintetik chemical bagai kat Fateh sebab dia baru je masuk 6 bulan. Tapi apakan daya, bisul dia tu makin lama makin besar, takde tanda nak surut pun, last2 hari keempat bisul tu pecah, terus bagi antibiotik. Nak tunggu homeopathy tu jalan memang makan minggu jugak la. Memula tu reluctant jugak nak bagi, tapi sbb takut kuman masuk dalam darah and jadi lagi teruk, so bagi jelah antibiotik.


tanda awal bisul
Bisul ni terjadi sebab darah kotor. Masa bisul tu jadi, kebetulan jari mama pon tgh sakit bengkak tak abis sbb tangan gatai pi cabut kulit tepi kuku terlebih sampai bengkak bom. So disebabkan tengah fully breastfeed lagi, tak berani la nak makan antibiotik. Last2 kunyah je la garlic secara raw sebab garlic ni ada "ancillin", ancillin ni content dia sama macam antibiotik yang doc bagi tu. So kira kill 2 birds with 1 stone la ni, antibiotik untuk jari mama yang bengkak tu sekali dgn bisul kat kepala Fateh.

So dalam masa seminggu tu, banyak gila la mama dok baca pasai natural healing. Sesilap dah boleh amik PhD dah. ok over. Mak2 zaman dulu maybe tak berapa terdedah sangat dgn bahaya ubat2 macam mak2 zaman sekarang. So selagi boleh, try elak amik painkiller atau antibiotik, unless terpaksa sangat. Masa bagi Fateh tu risau jugak, sbb takut dia allergic to antibiotik macam mama dia. I cant cope with penisilin. Masa jari bengkak tu ada makan antibiotik doc bagi, pastu terus rasa body macam nak shutdown, pulse reading naik jadi 127, kaki tangan sejuk, perut cramp bagai. Huih. Tobat taknak makan dah ubat tu.

sakittttt :(

ni maha sakit.. kesian Fateh :(
Alhamdulillah Fateh tak allergic to antibiotik yang doc prescribed. Kitorang pegi check kat Klinik Kanak-Kanak Dr Altaf, jumpa dgn Dr Padmini. First time jumpa, dia bagi krim sapu nama Fusidin. As expected, tak jalan. Kali kedua jumpa, dah besar bola ping-pong dah bisul tu, dia prescribe antibiotik, tapi dia suruh bagi ubat the next day n monitor takut Fateh allergic. So malam tu dalam sejarah si Fateh melalak meraung macam kena dera dekat 2 jam. Buntu jugak la masa tu, serius rasa nak bawak pegi hosp terus. Last2 sapu air zamzam kat muka n kepala dia, terus senyap n tidur atas badan mama.

Kesian sangat masa tu. Masa dia tidur, tempek "telur katak" atau nama melayunya "biji rumput" beli kat kedai sensei ari tu letak sekeliling bisul tu. First time tengok benda alah tu, campur dgn air sikit, dia jadi gam dan melekit. bila letak kat kepala, after a while benda tu jadi kering n boleh kopek terus. Esok pagi lepas melalak tu, bila cabut telur katak tu, tengok ada nanah dah terkeluar. So terus panggil papa picit keluar bagi habis nanah tu. Melalak jugak la sikit, pastu sapu dgn betadine bagi takde infection or merebak tang lain pulak. Masa cuci tu tengok ada lagi sebijik nak naik, tapi lepas few days makan antibiotik, bisul tu hilang terus. Alhamdulillah. Dalam masa yang sama, walaupun dah nak baik, mama tetap kunyah garlic dan sapu bawang merah n garlic tenyeh dgn habatusauda kat bisul tu nak bagi baik cepat.

rupa "telur katak" @ biji rumput beli kat kedai sensei
Doc cakap kalau budak ada eczema memang prone to skin infection. Haih. Takpa lah, since dah ada pengalaman, lepas ni kalau jadi bisul lagi (nauzubillah), dah tau macam mana nak handle. Tapi harap tak kena dah lah sebab tak sanggup nak melalui lagi :(

No comments:

Post a Comment