Friday, 12 December 2014

Kuku baby cagu :(

Fuhhhhhhhh.. tiup sikit blog ni, dah bersawang teruk. Tak perasan tup tup dah 2 bulan tak update. Mak aih. Busy bebenor. Lately banyak je benda yang jadi, tu yang sampai tak terupdate blog. Maklonglah, sejak ada 2 anak ni busy dia jadi lain macam. *alasan*

Ok ni nak cerita, dan untuk own reference sendiri jugak, in case kalau Fateh or Fahri kena cagu lagi. Seriously tak tau apa beza cagu dengan cekam. Rasanya sama je kot dua2 tu, cuma nama je lain. Last few weeks Fateh Tenteh kena cekam kat jari dia yang mungil tu, sebab mama dia pandai sangat tersalah potong kuku dia. Taktau macam mana, sedar2 dah ada nanah dah. Besar pulak tu! Aduyaii! Sure ngilu rasa jari dia tu..

Antara punca kuku cagu ialah pemotongan kuku yang salah.. dan sebab-sebab jadinya cagu macam kat bawah ni:

 Punca Cagu:
1) Cara pemotongan kuku yang salah
2) Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
3) Memakai kasut yang ketat terlalu lama
4) Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
5) Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging
6) Kurang penjagaan tentang kebersihan kuku seperti selepas bermain, berjalan-jalan, joging dll

poor Tenteh :(
Tanpa membuang masa, dengan rasa yg bersalah gila mama Tenteh terus whatsapp kawan sekolah yang kerja paediatrician tanya macam mana nak buat sbb Tenteh baru 5 bulan masa tu. Kalau kuku sendiri, mmg cucuk je terus dengan jarum n tekan nanah sampai keluar habis. Banyak kali jugak la jadi macam ni, sebab habit suka tarik kulit tepi kuku tu n terus kena infection.

So kawan si doktor budak tu pun cakap kena pecahkan je nanah tu, macam biasa. Cuma kena make sure cuci bersih2 dengan alkohol swab sebelum dan selepas pecah nanah tu, takut infect tang lain pulak.



Cara-cara:
1. Amik alkohol swab, sapu2 sikit kat jari yang bernanah tu. Alkohol swab boleh dibeli kat farmasi. Berapa RM je pun. Amik swab yang lain, sapu kat jarum peniti.
2. Pecahkan permukaan nanah dan picit slowly sampai keluar habis semua nanah.
3. Lap balik permukaan jari dengan swab yang lain utk elak infection.
4. Sapu jari tadi dengan larutan antiseptik Betadine, pun boleh beli kat farmasi untuk elak infection.

SIAP!

Alhamdulillah, tak dan sehari dah baik terus dah jari jemari mungil Tenteh. Lega mama! Sorry Tenteh, mama make sure pasni tak jadi lagi camtu eh. Ok ni cerita Fateh, entry akan datang nak cerita jari tengah mama yang bengkak bom sbb salah potong kuku jugak! Haha :D

No comments:

Post a Comment