Friday, 16 January 2015

Besar dah anak mama.. sobs!

Tahun ni abam Fahri dah masuk 5 tahun, walaupun kalau kira betul2 umur dia baru 4 tahun 2 bulan (as of today). So tahun ni dia dah kena pegi kindy, dah jatuh tahap wajib sebab dia baru pandai kira 1-10, mewarna, ABC. Tapi yang dia paling terer, main ipad. Adei! kalau tak bagi main ipad, nanti dia pi kacau adik dia pulak.

So hari yang ditunggu2 dah tiba. Mama n papa register Fahri kat Genius Aulad. Mulanya mama tak suka sangat sekolah tu sebab kat tingkat 1, kalau boleh nak sekolah yang ada tanah. Tapi nak hantar pi BrainyBunch tak mampu, mahal sangat. GA pun ok lah. janji boleh belajar solat, doa, mengaji seskit.

Kitorang register Fahri bulan 11 2014.. macam lambat jugak lah, tapi nasib baik ada vacant slot lagi untuk dia masuk. Kang tak sekolah anak aku. Bayaran mula around RM1300.. takde pulak resit detail bayaran nak share kat sini, campak mana ntah. Bila bawak dia pi sekolah tu, nampak dia seronok. Sungguh kalerful n banyak tempat main. Masa tu sure dia ingat pi sekolah tu untuk main je hehe.

Masa berborak dengan Puan Ruby, pengetua GAKJ pun lapang dada sikit rasa. Actually masa Fahri 2 taun dulu penah hantar dia pegi kindy Arrayyan dekat KJ jgk, tapi tak berapa berkenan dgn teacher2 situ n persekitaran dia. Taktau la kenapa, first impression pun dah fail. Cikgu2 situ siap ada yang muka masam, marah budak. Eh. sungguh la tak best kan. Pastu berkira gila, lambat ambik 5 minit pun dah charge extra, walaupun hantar lambat sejam. Pastu hantar sebulan, 3 minggu sakit. So finally kitorang decide utk stop je kindy masa tu.

muka masih hepi.. sbb taktau lagi kena tinggai kat skolah haha

masa ni pun hepi lagi ;p
Akhirnya hari pertama sekolah dah tiba. Mama kena ambik cuti sebab kitorang decide nak amik kelas petang sbb Fahri bangun lambat pepagi haha. First day pegi tu dia nampak hepi, terus masuk main sana sini. Bila ajak masuk kelas je, tetiba muka mencuka. Muka takut, saspend, semua ada. Ye lah, tak pernah masuk kelas apa2 sebelum ni, so mcm culture shock skit. Kesian anak mama hehe. Maybe dia seriau dengar ada budak kelas sebelah dok melalak macam kena dera jugak kot. Tapi bebudak lain dalam kelas dia semua sangat behave, dia sorang je panik haha.

Mama dgn tok tepaksa teman dia sat. Fahri pilih seat betul2 tepi pintu, so senang dia nak lari kat mama kalau dia takut. Banyak akai betui. So bila cikgu start introduce, dia diam je menikus. Alahai hehe. Pastu mama kena pujuk skit2. n maas dia tak perasan tu mama larikan diri nak balik. Dah sampai kat ground floor, tetiba bibik panggil sbb Fahri tgh menangis kat pintu. So terpaksa la naik atas balik n pujuk dia duduk kat tempat dia haha. Masa tu dia dah meragaih sakan.. siap nak masuk bawah meja pulak. Haduhhh. *picit kepala*

masa ni dah start terkerempon dah haha
Masa tu tengah sesi mewarna, dia warna macam nak taknak je. Maybe salah mama jugak la jarang dok mewarna dengan dia sebelum ni. Kalau dok ajak kaler, last2 dia yang suruh mama dgn bibik tolong kaler. Last2 mama dgn bibik yang pandai kaler bukan dia haha. Masa dia tgh ralit tu, ckp kat dia mama nak pi toilet sat. Pehtu terus balik rumah. Mmg tawakal je lah masa tu.

Kul 330, amik dah dia kat sekolah. Terus Fahri tanya mama:

Fahri: Mama pegi mana?
Mama: Mama pegi toilet
Fahri: Kat mana? (mesti sebab tak balik2 haha)
Mama: oo kat belakang kelas je, mama sakit perut, tu yang pergi lama sikit. (jenuh kena justify ok haha)

So far nampak macam dia masih takut n tak biasa lagi. Ye lah, dah sedap duduk rumah main ipad bukak youtube kat TV main sesorang, tetiba keadaan berubah. Harap2 kejap je la Fahri boleh adapt dgn environment baru n semoga hepi dapat belajar macam2 dgn kawan2 baru.. Ameen...

2 comments:

  1. situasi kita sama sgt2 kdell. n fahri punya respon dgn tukar rutin ni pon sama sgt2. tp fahri dh 4 tahun ok jugak la dah faham. khalid baru 3 tahun seminggu induction, 3 hari ummi kena stay dlm kelas. ni baru ok sikit. cuma masih ada problem bla nak seperate. dia buat drama xde air mata dia. nampak sgt belakon. tp hati mak2 ni kan,,sedih je tgk dia mcm tu, tp xleh nak ikut sgt..sbb september nnt dh wajib sekolah...nak tak nak kena hantar jugak skrg ni,,

    ReplyDelete
  2. haa better start early acu.. ni fahri ni mcm dah lambat jugak baru hantar dia.. tu yg drama lebih tu.. tp bersedia lah pulak dgn batuk dan selsema yang bakal tiba bila pi sekolah nanti. ni baru seminggu dah bawak balik batuk. siap jangkit kat adik.. :(

    ReplyDelete