Wednesday, 28 January 2015

Madu untuk legakan batuk.

Madu adalah sejenis makanan sunnah, dan banyaaaak khasiatnya. Cuma yang tensennya, susah gila nak dapatkan madu yang betul-betul asli sekarang. Banyak yang dijual kat grocery store tu dah diproses dan ditambah gula dan macam-macam lagi. Walaupun packaging tulis "Pure Honey" tapi percayalah, takde nye pure selagi kita tak beli dan test sendiri. Tapi Alhamdulillah ada kawan tolong supply madu asli untuk saya dari Semenyih.. bila keluarkan dari peti ais madu tu tak likat dan boleh terus consume. So far dah 4 botol dah beli dan almost everyday minum sesudu sehari sebelum pergi kerja (kalau sempat sbb manjang bangun lambat haha).

Lately Fahri n Fateh senang betul kena selsema n batuk. Fahri la especially, baru pegi sekolah seminggu dua, dah dapat batuk dah dari kawan sekolah. Pastu kuat pulak tu batuk dia, dengar dia batuk sekali pun seksa. So sebagai seorang mama merangkap pawang di rumah, mama pun prepare la apa2 yg patut utk legakan batuk bebudak ni. I am not a fan of "halal" drugs a.k.a prescribed meds by doctors, unless necessary. To me batuk untuk budak bawah 5 tahun tu takde ubat yang betul2 berkesan (hasil bacaan merata tempat) dan madu boleh legakan batuk. So kita try dulu bagi Fahri minum madu. Kalau lepas 3-4 hari takde kesan jugak, nak bawak dia pi klinik jumpa doc. 



Last month pun Fahri dah kena tonsil teruk sampai demam, so homemade remedy hari tu masih ada lagi. Gambar atas ni adalah "Lemon Honey Ginger Syrup" untuk legakan batuk dan sakit tekak. Kalau tak suka rasa ginger tu, boleh letak serbuk ginger. Tapi Fahri telan je sbb dia pesen telan apa saja yang disua ke mulut dia sambil dia tengok tv or main game. Haha.

Ingredients:
Madu Asli
Lemon
Ground/Grated ginger

Directions
1. Cut lemons into few round slices, not too thick. Pastu cut rounds into quarters so boleh fit dalam glass jar.
2. Masukkan few slices of quartered lemon into jar and add honey, mix well.
3. Add remaining half of the above ingredients. kiranya selang seli. Tambah madu jika perlu.
4. Masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam dan kacau sebelum makan. 

Syrup ni boleh disimpan selama lebih kurang 2 bulan dalam fridge. 

Harap2 kali ni tak lama lah batuk dia, sebab skrg ni tak pasal adik pun dah flu sekali. Si kecik tu kalau flu teruk lagi susah sebab dia tak reti nak buang kahak sendiri. Get well soon ma bois!

No comments:

Post a Comment