Monday, 23 February 2015

Hidup Lebih Mudah Berbabywearing :D

Kalau dulu masa Fahri lahir jalan asyik nak angkut stroller ja, sekarang tidak lagi. Eceh padahal baru sehari pakai Ergo Baby Carrier haha. 4 tahun lepas masih tak terbukak hati nak berbabywearing, sebab rasa mcm eh lenguhnya. Baikla angkut stroller. Tapi orang kata pengalaman tu mendewasakan, bukan? Eceh. Jadi setelah ditilik-tilik dan bahana join group Malaysian Babywearers kat FB, maka termakan lah racun untuk berbabywearing. 

Masa dalam pantang Fateh aritu, beli Hana Baby Wrap dari HunnyChamp. Harga dlm RM210 ke berapa tah, lebih kurang la. Tapi pakainya tak sampai 5 kali sebab even lepas pantang pun tak banyak keluar sgt, pastu banyak pakai stroller jer. Paling lama pakai masa balik Penang. 3 jam dok carry, tak sakit pinggang n Fateh pun tido sedap je sepanjang2 dok carry dia tu. Best! Cuma satu je baby wrap ni, kalau baby dah 6kg ke atas dah tak best sgt sbb bila berat nanti baby mcm rasa nak jatuh ke bawah, melendut semacam. So I decided to sell it off and make way for a new SSC (soft structured carrier).



not bad for a first-timer :D
So lepas few weeks (or maybe months!) of research, I finally bought Ergobaby from Lin @Sonnim2 kat instagram. Harga yg dia jual jauh lebih murah dari seller lain, siap pos dari Jepun. Rasanya dlm RM315 siap pos.. haa murah kan walaupun ori? Sila jgn beli yang fake punya yer sbb ada kes baby jatuh.. kesian sgt... mintak simpang jejauh. 

Kalau ikutkan hati mmg teringin sangat TULA tapi mahalnya ya ampun boleh bayar duit bibik sebulan! Dah la bonus pun takder so kena la ikut kata Papa Fawitenteh, buat apa beli mahal2. Laki ni mmg senang je, beli yang mana praktikal. Kalau ikut mak2 ni sah2 la nak cari yang sedap, dan cantik dipandang ;p

TULA idaman hati~
So semalam first time carry Fateh dalam Ergo, tapi pi Giant je pun. Elok je dia duduk dalam tu tak merengek, maybe sebab dia dah biasa bibik kendong. So ok lah, that already saved me a lot of time and energy. I read few cases yang baby taknak duduk dalam carrier sbb tak biasa, tak selesa etc.. Alhamdulillah Fateh so far behaving well. He dozed off after 30 mins sampai la balik rumah, tak bangun2! Dah sampai rumah pun still kena carry dia dlm carrier, last2 mama pun baring sekali haha. Sepanjang pakai tu ok lah, tak rasa sakit badan sgt tp dah start lenguh pinggang jugak.. tp tu maybe sbb mmg dok sakit belakang pun.. 

Insya Allah kalau ada rezeki nak gak beli TULA tu.. sbb nak puaskan hati. So boleh la keluar selalu pasni sbb dah senang takyah bawak stroller hehe.

No comments:

Post a Comment