Wednesday, 24 June 2015

Of Being Maidless... again

Lebih kurang sebulan lepas, maid kitorang balik kampung sbb dah kali kedua laki dia accident. First tu dia tgh repair bumbung, jatuh n patah belakang ke apa ntah tak ingat. Kali kedua, dia naik motor berlanggar dengan keter, sampai koma. So kalau dah macam tu sekali ceritanya, takkan kita as majikan tak rasa kesian pulak kan? Memang ada je orang yg tak kesian, tapi cuba kita pikir kalau kita kat tempat dia camner.

Agen kitorang mmg tak bagi balik, sebab maid tu baru kerja 10 bulan. Dan kalau kitorg bagi balik, mmg takde maid gantian sbb dah lepas "trial period". So dengan penuh tawakal, kitorang pun bagi dia balik, dengan sekelumit harapan nak dia balik sini balik. Tapi ni dah 3 minggu dia balik kampung, mmg takde tanda2 lagi nak balik sini balik sbb call nombor mak dia tak pernahnya nak dapat. Haru biru hidup!

So semenjak ketiadaan pembantu ni, mak dah mula sakit macam dulu balik, sakit belikat, sakit dada. Ni simptom2 mak masa dulu, tapi sejak ada maid balik mak tak sakit dah. Lega sangat. Tapi ni mak dah start buat kerja2 rumah walaupun dah larang, ni dia mai balik la penyakit dulu. Haih risau sgt :(

Me, on the other hand, have learnt to suck it up and live with it bak kata orang Penang. Nak2 bulan puasa ni, mmg mencabar betul. The first week kitorg hantar Fateh ke Melawati. Bayangkanla everyday kuar rumah 630am, sampai Melawati 7am, naik LRT pegi kerja n sampai KLCC kul 8. Time puasa ni pun camtu, kul 5 sampai melawati, berbuka, kul 10 baru sampai rumah balik. Balik2 je buat kerja rumah seskit, kemas mana patut, iron baju bagai. Hari2 macam tu. Then 3 hari aritu ada course kat Bangi, sama jugak, 630 kuar rumah, 7 sampai rumah Umi kat Kajang, 730 dah sampai PLC. Rasanya alah biasa tegal biasa dah tak cukup tido n long hours on the road etc.

Dalam dok tunggu maid ni nak dtg balik, ada gak tanya2 baby sitter sana sini. Ada jiran belakang rumah dia jaga budak, tapi sampai 8 orang. Takut jugak sbb kang dia takde time nak belek sgt si Fateh tu, haih nauzubillah. Hubs and me memang tak berapa prefer babysitter, satunya sbb tak nampak depan mata, dan kalau reramai ni mmg prone to fall sick easily.

Semalam dapat contact pinoy yg tgh tunggu permit renew, kita pun contact la. borak punya borak dia kata rate dia sejam RM20 so kalau fulltime RM1800. Ewah mahal gila! Rasanya rata2 rate pinoy sekarang baru 1k-1.5k jer. yg ni tak agak2 mark up. 1800 tu baik la aku benti je kejer jaga anak sendiri. Ceh ada hati nak jadi housewife lagi hahaha.

Memang mencabar bekerja dan takde maid ni. Tapi rasanya lagi mencabar kalau jadi housewife dan kena gomol anak 24-7. Fateh pulak jenis manja dgn mama, kalau dgn papa duduk elok je, nampak kelibat mama teruih nangih. Aduila anak. Tu yang mama terkelepek lebih tu haha. Harap2 cepatla si maid ni balik ke sini. Kalau takde sgt, alamatnya kena spend beriban lagi la nak ambik maid baru. Tsk!

No comments:

Post a Comment