Sunday, 12 July 2015

Anak demam viral..

For the first time ever, Fateh diserang viral fever minggu lepas selama 4 hari 4 malam. Taktau mana datang demam tu, sebab takde pun orang yang sakit keliling dia, tapi kitorang dok nomad hantar dia pergi balik Melawati dah sebulan. Mungkin along the way tu ada la kutip penyakit dari memana tu.

Jumaat lepas mama dgn papa cuti sempena Nuzul Quran. Hari tu dah rasa badan dia suam. Oh noes! Masa tu dah start risau, sebab biasanya kalau suam2 tu memang dia akan demam. Tapi pernah sekali dua dia suam tapi dia tak jadi demam. Rupanya sangkaan kami meleset sama sekali, hari Sabtu petang tu badan dia dah start suam lain macam. Suam yang membahang. Eh. Rasanya tak pernah lagi dia suam kuat camtu sekali. Bila check tengok dah 38c.

Malam tu, mama bertukar menjadi pawang seperti biasa. Tapi disebabkan demam dia macam tak kebah dan semakin panas, terpaksa la jugak bagi ubat supp pcm kot bontot. Biasanya ubat tu bagi instant relief selama 3-4 jam, tapi ni tak sampai sejam temp dia naik balik up to 38.7c. Fuh! Panas tak panas la masa tu, sbb dia kan kecik je lagi, baru setahun.

The next day, demam panas lagi. Tapi dia aktif, makan dan minum macam biasa. Cuma panas membahang luar biasa. Dah berapa kali masukkan ubat bontot, tapi efek masih sama. So sampai hari Ahad malam badan dia dok panas seperti tiada kesudahan, so kami pun decide utk bawak dia check darah hari Isnin tu. Kitorang pepagi bawak dia pi KJMC check darah. Punyala ramai manusia, so kitorg decide bawak result darah tu pegi klinik Cheng kat sebelah, buat NS-1 antigen. Nasib jugakla ada 2-3 orang kawan kerja paediatrician, so banyak la dok tanya dan belajar dari diorang. Biasanya test NS-1 ni dalam masa 3 hari dah boleh detect denggi. Bukan apa, seram gila kot sebab jiran depan rumah 3 beranak kena denggi. Nauzubillah.

Doc Cheng dia tak berapa advise buat blood test tapi dia tengok muka mama fateh risau gila so dia kata buat jer lah cuma kos mahal. Mahal tak mahal better buat jer la kan taknak take risk. Lagipun test darah utk budak biasanya hosp just prick kat jari je. Fateh nangis sikit masa check darah tu, tapi kejap je, maybe sbb terkejut kot. So on Monday result denggi negatif, tapi platlet menurun.

Hari Selasa, mama EL lagi. Papa pegi work. Badan Fateh dah mula tak suam sangat dah, lega dah masa tu. Cuma ada saki baki temp skit2. Hari ketiga, dia dah fully kebah. Macam biasa, kul 630am dah nak gerak pegi melawati, tengok2 mak ternampak banyak rashes kat muka dia. Allah! Punyalah risau masa tu, sbb asyik terpikir denggi ke ni? Ke apa? Teringat dulu Fahri pun lepas viral fever roseola few days sampai masuk wad lepas tu naik rashes banyak..

So tak jadi pegi kerja, terus pegi KJMC lagi sekali, jumpa MO dan check darah buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, kali ni buat NS-1 lagi sekali dgn dengue serology, both result negative tapi platlet still menurun. Tapi masih bersyukur sbb bukan denggi. Takut gila!

Alhamdulillah Fateh dah fully recovered, aktif macam biasa. Cuma sehari dua ni dia tak berapa nak makan pulak bubur dia. Maybe dia dah jemu la tu kot, mama nak kena cari resepi baru sbb tadi kitorang berbuka makan nasik ayam, dia sibuk makan sama. Dah besar dah anak mama ni.

No comments:

Post a Comment