Wednesday, 11 November 2015

Finally..

Akhirnya, kitorang dah dapat jalan penyelesaian setelah hampir 4 bulan kitorang berulang-alik KJ-Melawati-KLCC-Melawati-KJ, keluar rumah 630am balik 9-10pm repeat 5 hari seminggu. Ticer Ana, pengetua Little Caliphs KJ akhirnya bersetuju utk enrol Fateh kat daycare situ, walaupun umur dia tak cukup 2 bulan. Katanya, janji dah pandai jalan, makan, duduk, minum susu bagai. Alhamdulillah kitorg start hantar 15 Oct hari tu, masa tu dia baru 16 bulan. Daycare situ sebenarnya accept 18 bulan ke atas. Alhamdulillah, harap urusan ticer Ana dan cikgu2 lain kat situ dipermudahkan.

Masa hantar tu, saspen jugak. Ye lah, sbb kitorang ada bad experience masa hantar Fahri pi daycare kat SS5 KJ dulu. Cikgu2 muka masam mencuka, macam tak ikhlas nak mengajar. Mak pun rasa tak sedap hati hantar Fahri situ dulu. Tapi masa tu kitorang nak gak hantar sbb nak biasakan Fahri bila maid takde nanti. Alih2 tak dan sebulan terpaksa keluarkan dia balik sebab demam teruk, siap muntah, dan kita pun jangkit sekali. Dah la bayar upfront RM800-1k camtu. Ban terus sekolah tu.

So far Alhamdulillah, ticer2 kat LCKJ nampak macam lemah lembut sopan santun, siap ada ticer sorang tu suka sgt kat Fateh, kalau Fateh tak pegi nanti dia tanya mana Fateh. Memula hantar tu biasa la, meraung sakan. Tapi mama kuatkan hati, padahal meruntun jiwa dengar dia nangis tu. Tp lepas dua tiga hari dia ok dah, nangis jugak tapi macam relakan jer ticer dia dukung.

Full day rate kat daycare pun tak mahal sangat, RM380 from 7am-7pm. Cuma kalau terlambat ambik tu kena bayar sejam RM10. Satu je yg tak suka, sbb location LCKJ ni kat the other side of LRT. Tak jauh mana pun, tapi kalau time hujan, dan hari Jumaat memang jahanam gila jem situ. Jalan kaki pun lagi laju kot sampai. Tapi redah jer la, kalau taknak jem, silalah balik awal.

Harap2 keputusan ni adalah keputusan yang terbaik untuk Fateh buat masa ni. Mana la nak tau, kot2 tetiba jadi ambik maid lain pulak ke kan. Tgh consider jugak tu sbb lately mak abah pun tak berapa sihat, dok bayar daily maid RM90-110 sehari, seminggu sekali dua, kalau kira balik macam lebih kurang ambik maid jugak tu. Kalau ambik maid, tak yah dah la hantar Fateh pi kindy. Kan best kalau gaji RM25k. Hantar ISKL pun apa ada hal :p


No comments:

Post a Comment