Saturday, 24 September 2016

Ayam Masak Mak Kau Hijau

Walaupun dah masuk 4 bulan pregnant, mulut ni masih payau sesikit. Masih tak berapa lalu lagi nak makan nasik sangat. Kesian kat mak, kekadang masak kita hanya mampu tengok, tak mampu nak telan. Tapi bila paksa gak telan, dapat gak la makan 5-6 suap nasik. Sampai berat pun turun 800g. Tapi tak pelik, sebab dua2 kali pregnant sebelum ni pun sama kekdahnya. Bulan ke-4 onwards baru berat naik sikit2.

Tapi dalam bebanyak lauk, lauk sambal hijau jer yang boleh telan dengan jayanya. (Last update blog hari tu pun pesto pasta, pun kaler hijau! hahaha). Taktau pasai pa, hari tu kemain lagi makan nasik kat Restoran Garuda kat Kg Baru, tapi letak sambal hijau dengan daging kering je. Lauk lain tak makan. Masa tu baru dapat cahaya di hujung terowong, yang tekak ni hanya boleh terima lauk sambal hijau. Maka kalau terasa lapar nasik, haruslah cari lauk sambal hijau.

Last Friday me and my boss pegi makan kat Restoran Warisan Tunku kat Bukit Tunku. Sedap gak lauk2 kat situ, cukup rasa dan sedap macam makan kat rumah. Tak kedekut ingredient, its a quaint little shop but always full. Masuk tu dah kali ketiga kami makan sana. Disebabkan masa first time pergi tu boss makan ayam sambal hijau dan dia cakap sedap, maka last Friday tu saya pun teringat dan terus ajak boss pi makan sana. Padahal plan asal nak pi makan kat TTDI, tapi sbb hari Jumaat adalah hari yang paling disaster nak bawak kereta time lunch, kami pun divert ke Bukit Tunku. Terbukti memang sedap :D

So masa lunch semalam tu dah cakap siap2 kat boss, hari ni nak masak lauk sama. Nasib la tekak ni tak jemu lagi sambal hijau, kalau tak jenuh gak la nak cari lauk apa yang menyelerakan lagi pasni. Pagi tadi lepas pegi pasar, balik rumah terus masak. Tak susah pun lauk ni, antara yang paling simple dan kalau masak confirm jadi punya sebab senang sangat. Cewah haha.



Bahan-bahan
- Potongan ayam
- Garam & kunyit
- Minyak masak
- tomato hijau (optional)
- bawang besar potong bulat (optional)
- rempah ratus (kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih)
- serai ketuk
- daun pandan

Bahan blend
- 10 biji cili hijau
- 5-6  biji cili padi (kalau nak pedas tambah la lagi)
- 6 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 2 inci halia

Cara masak
1. Perap ayam dengan garam dan kunyit
2. Goreng sampai separuh masak atau masak terus (saya suka masak terus) dan ketepikan
3. Buang sedikit minyak yang digoreng ayam tadi, masukkan daun pandan dan serai, dan rempah ratus, masak sampai wangi
4. Masukkan bahan blend, masak sampai pecah minyak, dan masukkan ayam dan gaul hingga berpalit. Tambah air kalau suka berkuah.
5. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan tomato hiris (optional)
6. Makan pepanas dengan nasi putih.

Ha senang tak senang la kan. Menu malas namanya ni. Tapi fulfilling dan sedap.

*blog ni dah jadi blog resepi ke cane? :p

1 comment: