Tuesday, 6 September 2016

Pesto Pasta with Grilled Chicken

Kekdahnya time2 baru nak melepasi 1st trimester ni la baru ada selera sikit nak makan. Tapi nasi masih tak lalu sangat. Masa pregnantkan Fahri dgn Fateh pun sama, kemain la selera bebudak ni. So yang ketiga ni pun lebih kurang (so it might be a boy, again?) Takpa, another month to go before baby reveal gender dia. Whatever your gender is, I dont mind, as long as you are born healthy and fine :)

Berbalik kepada cerita makanan. The past 3 months has been a real challenge to me. Sebabnya asyik lapaq tapi tak selera. Tapi nasib baik gak lah tak muntah bagai. Loya tu ada, cuma tak teruk. Bila tak lalu nasik, mula la cari pizza, pasta, roti. Weh kemain tekak mat saleh tak padan dgn bontot hitam haha. Tapi kulayankan je lah tekak ni, daripada kebuluran.

Dalam banyak2 pasta, dulu kala memang tak lalu langsung tengok pasta hijau. Sebabnya tak berapa suka sayur hijau. Tapi bila dah tua ni, dah reti sikit makan sayur. Rasanya baru few times dalam hidup makan pasta pesto, sekali makan terus jatuh chenta. Sedap gak rupanya walaupun macam kaler rumput. Kalau beli kat kedai, mau sepinggan tak kurang RM15 sebab bahan2 pesto agak mahal ye kawan-kawan. Kalau ikutkan, resepi yg sedap kena guna pine nuts. Kat msia ni mana ada pokok pine uols, harus la import, dan harga barang import insya Allah tak murah.

Pernah sekali try buat pesto sauce sendiri, mampuih tak sedap. Rasa mcm tak cukup bahan, taktau la tang mana yang silap, tapi mmg tak sedap la. Lesson learnt, kali ni kita beli jer lah pesto sauce buatan mat saleh. Confirm sedap. So bila masak pun konfiden skit rasa, sbb dah tau mesti sedap punya haha.
So malam tadi kita pun buat la pesto pasta dgn grilled chicken, setelah beberapa bulan beli pesto sauce tu. Lambat betui nak sampai seru. Mai sini nak share resepi.



Bahan-bahan
- 2 boneless chicken
- 3 ulas garlic (sliced)
- 1 biji bawang besar (onion), choppped
- store bought pesto sauce
- pasta (cooked until al dente)
- salt & pepper
- tomato kecik
- broccoli
- serbuk parmesan

Cara Memasak:
1. Rebus pasta sampai masak, ikut la berapa banyak nak makan, pastu toss dan drain kan.
2. Marinate ayam dengan salt & black pepper, biar kejap, pastu bakar sampai masak dan ketepikan (saya guna magic pan je)
3. Panaskan api, saute garlic dan chopped onion sampai wangi
4. Masukkan pesto sauce, masak kejap atas api, dan masukkan broccoli dan masak kejap.
5. Masukkan pasta dan gaul semua sampai rata.
6. Masukkan tomato (halved) dan last sekali taburkan serbuk parmesan, dan gaul sekali lagi.
7. Potong ayam dan hidang, makan tanpa was-was.

Senang kan? Tak payah order kat kedai dah, mahai nak mampuih. Pasni boleh buat sendiri, kos sepinggan pesto pasta kat kedai hipstur dah boleh cover untuk dinner 5 orang :D

No comments:

Post a Comment